Tuesday, October 27, 2009

Pameran Radio Amatur di Hari Kokurikulum SKPU 2

7 November 2009, pihak kramat dijemput untuk mengadakan pameran berkenaan Radio Amatur sempena Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Ringkasnya seperti berikut:-


Tarikh: 7 November 2009
Masa: 9.00am hingga 12.00 noon

Mana-mana ahli yang berminat untuk bertugas secara sukarela pada hari berkenaan sila hubungi saya di talian 012-3050 205


Semua rakan radio dijemput untuk memeriahkan suasana..

Thursday, October 8, 2009

9W2OKU Kemalangan

9W2OKU


Pada 8 Oktober 2009, lebih kurang jam 7.00 pagi rakan kita 9W2OKU atau lebih dikenali Abg Aji telah ditimpa kemalangan jalanraya.
Sebagaimana yang kita kenal beliau seorang OKU dan menggunakan wheel chair pula. Kini beliau terlantar di Wad 3A, katil number 3 di Hospital Putrajaya kerana sebelah lagi kaki beliau telah cedera(kaki tercabut dari cawan peha).
Petang semalam kami sempat melawat beliau..walaupun kami byk berlawak kepada beliau namun hati kecilku terharu dan sedih dengan keadaan Abg Aji.
Mana-mana rakan yg sudi hulurkan bantuan setakat yang mampu..lawatilah beliau di hospital untuk memberi semangat kpd beliau.
Kalau dulu kaki kanannya lah membantu 100 untuk bertongkat berjalan, kerana kaki kiri lumpuh dari kecil...kini..kaki yang diharapkan cedera pula..
Semoga beliau cepat sembuh............. Seluruh warga Kramat marilah sama-sama mendoakan beliau...

Wednesday, October 7, 2009

Selamat Berjaya Kepada Bakal-bakal 9M2

Rabu, 7-10-2009, jam 10am seramai lebih kurang 49 calon 9M2 telah menduduki peperiksaan CW di MCMC. Jumlah seramai 49 calon merupakan antara jumlah calon teramai yang mengambil CW didalam bulan ini.
Pihak Kramat medoaakan kejayaan anda semua..

Debaran...suasana dewan peperiksaan CW


9M2RS, Pak Rashid sedang memberi taklimat dan semangat kepada calon-calon 9M2


49 calon..satu kebanggaan..semoga lebih ramai 9M2..


Sebahagian peserta, pengiring dan 9M2 yang memberi sokongan...