Tuesday, March 31, 2009

KRAMAT at ARDF by Wilayah 17 - 5 April 2009

Jumpa Kramat sempena Pertandingan ARDF anjuran Wilayah 17 pada:-

Hari: Ahad
Tarikh: 5 April 2009
Masa: 8.00am
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa


Lain-lain acara pada hari berkenaan:-

1) Eyeball QSO - bertemu dengan ham radio dan chit chat secara langsung. Bertukar qsl card etc.

2) Flea Market - Jualan peralatan ham radio. Terdapat 3 kedai utama yang menjual barangan radio berjenama ICOM, Yaesu, Kenwood, Diamond, Comet, MFJ etc. Juga Satu gerai menjual T-Shirt Radio amatur.

3) HF Stesen - Stesen untuk ham radio yang ingin ber'QSO' di HF dengan menggunakan Callsign Kelab/A License disediakan. Antena Yagi HF 3.5Mhz-28Mhz.

4) Talk mengenai ARDF.

Kramat at AGM ASTRA 2009

Abang-abang beratur panjang nampak..jangan lupa jadi ahli Kramat

9W2DMG bersama-sama rakan melawat kaunter Kramat

AGM Astra yang berjalan lancar dan rapi..

Pengerusi Kramat, 9W2YR memberi penerangan sambil dibantu 9W2JSJ

9W2RES bekerja keras mempromosi keahlian Kramat dari Pahang hingga ke utara

Kramat telah melakukan promosi keahlian koperasi Kramat di Eyeball Astra iaitu pada 27 Mac 2009 dan juga swaktu AGM ASTRA pada 28 Mac 2009. Terima kasih kepada pihak pengurusan AJK ASTRA kerana membenarkan pihak Kramat membuat promosi di kedua-dua event berkenaan. Tahniah kepada barisan kepimpinan baru ASTRA.

Saturday, March 28, 2009

KRAMAT at AGM MARES 2009

Otai-otai MARES sedang mendaftar sebagai ahli dan mendapat penerangan dari Kramat

Barisan AJK MARES..terima kasih atas kerjasama memberi Kramat membuka kaunter di AGM Mares

Thx to MARES again

Barisan ALK dan Biro Kramat bersemangat betul membuka kaunter pada pagi berkenaan..tahniah

Pendaftaran yang berjalan lancar dengan penuh semangat radio ham..

29 Mac 2009, Jam 9am beberapa ALK dan Biro KRAMAT telah membuka kaunter pendaftaran ahli KRAMAT di MARES Club House.
Pihak Kramat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mares kerana telah memberikan kami peluang untuk mempromosi Kramat di kalangan ahli MARES.
Bertunjangkan atas semangat radio ham dan semangat kesatuan maka Kramat membuktikan sekali lagi peranan dan relevan koperasi dikalangan ahli radio amatur dengan membuka kaunter di AGM MARES.
Pihak Kramat juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada MARES atas mesyuarat AGM 2009 yang berjalan dengan lancar sekali serta mendoakan kejayaan MARES dimasa akan datang.

Gambar penuh disini
28 Mac 2009, AGM ASTRA telah berlangsung dengan lancar sekali. Tahniah kepada semua AJK yang telah berjaya dipilih sebagai AJK ASTRA Pusat pada kali ini.
Pihak KRAMAT mengucapkan Sekalung tahniah kepada:-

Presiden : 9M2RR
Tim. Presiden 1: 9W2ZT
Tim. Presiden 2: 9W2HLM
SU:9W2MYR
PSU:9W2CAD
Bendahari:9W2BPT
AJK:
9W2AZE,9W2FLL,9W2IBS,9W2EZE,9W2DMG.

Semoga ASTRA akan meneruskan dan meningkatkan lagi kegemilangan radio amatur di Malaysia ini.

Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan kepada pihak KRAMAT bagi mempromosi KRAMAT kepada semua ahli ASTRA.

Esok KRAMAT akan berada di 2 tempat iaitu MARES dan PARTS.

Terima kasih kepada 9W2RES,Pak Tam yang memberi info ini.

Tuesday, March 24, 2009

Promosi KRAMAT di ASTRA,PARTS dan MARES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Atas dasar Keahlian KRAMAT dibuka untuk semua maka,pihak KRAMAT akan mengadakan promosi ke kepada bakal-bakal ahli-ahli baru melalui kelab-kelab radio amatur Malaysia. Berikut adalah jadual promosi Kramat:-

1)27 Mac 2009, Jam 8pm - Rumah Tuan Presiden ASTRA - 9M2RR
2)29 Mac 2009 - Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Perak(PARTS)- Wakaf PARTS (Rumah Pertubuhan),
Kuaters JKR No. 561 dan 562, Jalan Selibin, Ipoh.
3)29 Mac 2009, Jam 9.30am- Mesyuarat Agung MARES, MARES Club House,Petaling Jaya, Selangor.

Pada tarikh dan masa berkenaan pihak KRAMAT akan menghantar wakil ALK dan Biro KRAMAT bagi membukan kaunter pendaftaran dan promosi. Ahli-ahli baru boleh mendapatkan borang dan membayar Fi masuk RM20.00.

Bagi mana-mana ahli yang hanya mendaftar secara online dan belum mengisi borang keahlian KRAMAT boleh berbuat demikian di tempat yang telah ditetapkan.

Sekian. Harap maklum.




Yang berusaha,



Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
Setiausaha Kramat

Sunday, March 22, 2009

21 Mac 2009, Pihak KRAMAT telah turun membuka kaunter promosi dan pendaftaran ahli bagi ahli-ahli radio amatur di Pahang iaitu sewaktu AGM PERAMAH yang ke 4. AGM berkenaan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Bera, Pahang.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh rakan ham dari seluruh pelusuk Pahang iaitu Kuantan,Pekan,Temerloh,Bera, Kuala Lipis, Karak dan lain-lain.
Majlis berkenaan telah dirasmi penutupannya oleh YB ADUN Guai iaitu YB Encik Norol Azali bin Sulaiman. Tahniah kepada PERAMAH atas kejayaan AGM ke 4 berkenaan.

YB Norol, turut mendapat penerangan oleh AJK Kramat berkenaan Koperasi KRAMAT


Sebahagian AJK Kramat dan ahli PERAMAH di Kaunter Pendaftaran


Sebahagian ahli PERAMAH..


9W2VMS sedang mendaftar menjadi ahli KRAMAT


9W2WWW, Sdr Azam SU PERAMAH melawat Kaunter KRAMAT

9W2SJN, 9W2RA dan 9W2TMN melawat Kaunter KRAMAT

Thursday, March 19, 2009

KRAMAT Buka Kaunter di AGM PERAMAH

Esok Sabtu, Jam 2 Petang pihak KRAMAT akan membuka kaunter pendaftaran Ahli KRAMAT di Kompleks Belia dan Sukan Bandar Baru Bera, Pahang.
Ini adalah sempena dengan Mesyuarat Agung PERAMAH yang akan diadakan pada tarikh dan tempat berkenaan.

Bakal-bakal ahli boleh membawa salinan kad pengenalan, salinan AA, photo 2 keping dan bayaran Fi masuk RM20.00

Insyaallah kita jumpa disana..

Tuesday, March 17, 2009

Promosi Bergerak KRAMAT

Pihak KRAMAT akan mengadakan promosi ke kepada bakal-bakal ahli-ahli baru melalui kelab-kelab radio amatur Malaysia. Berikut adalah jadual promosi Kramat:-

1)21 Mac 2009, Jam 2pm- Mesyuarat Agung PERAMAH, Kompleks Belia dan Sukan Daerah Bera, Pahang
2)27 Mac 2009, Jam 8pm - Rumah Tuan Presiden ASTRA - 9M2RR
3)28 Mac 2009, Jam 9am- Mesyuarat Agung ASTRA di Sek Men Teknik Nibong Tebal
4)29 Mac 2009 - Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Perak(PARTS)- masa dan tempat akan ditentukan kemudian
5)29 Mac 2009, Jam 9.30am- Mesyuarat Agung MARES, MARES Club House

Pada tarikh dan masa berkenaan pihak KRAMAT akan menghantar wakil ALK dan Biro KRAMAT bagi membukan kaunter pendaftaran dan promosi. Ahli-ahli baru boleh mendapatkan borang dan membayar Fi masuk RM20.00.

Bagi mana-mana ahli yang hanya mendaftar secara online dan belum mengisi borang keahlian KRAMAT boleh berbuat demikian di tempat yang telah ditetapkan.

Sekian. Harap maklum.




Yang berusaha,



Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
Setiausaha Kramat

Friday, March 13, 2009

Program Partner Kramat

Koperasi KRAMAT akan membuka ruang kepada ahli-ahli KRAMAT untuk berkerjasama dengan KRAMAT sebagai rakan kongsi perniagaan. Buat masa ini kami menggelarkannya KRAMAT Partnership Programme.
Melalui program ini mana-mana ahli KRAMAT yang mempunyai perniagaan, kepakaran, kemahiran dalam apa jua bidang di buka untuk memohon program berkenaan. Contoh bidangnya adalah seperti industri pembuatan, pertanian, komunikasi, ICT, event organizer, automotif, dan macam-macam lagi bidang perniagaan yang dijangka mampu memberi pulangan kepada KRAMAT.
Program ini membolehkan KRAMAT berkerjasama dengan mana-mana ahli yang berkelayakan untuk bersama-sama mempromosi dan memajukan pernigaan KRAMAT melalui satu rangkaian yang besar.
Oleh kerana ahli KRAMAT dan ahli radio amatur bertaburan seluruh Malaysia maka adalah menjadi harapan KRAMAT supaya kita semua boleh bergabung dalam satu rangkaian yang besar dan effektif serta effisyen.
Bagi yang berminat sila hantarkan company profile atau resume peribadi kepada KRAMAT dialamat berikut:-

No. 22, Jalan BP 6/12,
Bandar Bukit Puchong 2,
47120 Puchong, Selangor.
Tel:03-80623370
Fax:03-80623372
Emel:koperasi.radioham@gmail.com
Contact Person: 9W2POK(Encik Hisyamuddin),Channel Manager -013-384 2924

Wednesday, March 11, 2009

Berkenalan dengan ALK Koperasi Radio Amatur



Berikut adalah barisan ALK atau Ahli Lembaga Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad yang telah dipilih didalam MAP baru-baru ini bergambar bersama-sama pegawai SKM Selangor, Encik Radiathul dan Encik Zaimi. Memperkenalkan, 9W2KDK(En.Kamarudin),9W2DNO(En.Farid),9W2XMP(En.Zaimi),9W2YR(En.Rasid),
9W2YDP(En.Hilmi),9W2YKK(En.Yusof),9W2TDO(En.Khalil),9W2NET(En.Azhari),
9W2KLG(Pn.Zaharah),9W2AZT(En.Azman),9W2MEZ(Pn.Khamizah),
9W2JSJ(Pn.Rafidah),9W2REJ(En.Rudy),9W2POK(En.Hishamuddin),
9W2BCT(En.Aswadi)..
** semasa photo diambil 9W2BCT berada di Ground Floor.


Tahniah dan selamat bekhidmat kepada warga radio amatur Malaysia.

Download Borang Ahli Koperasi Kramat

Makluman.
Semua ahli koperasi Kramat kini boleh download borang asal keahlian di blog ini. Sila lihat link sebelah kanan( Download Borang Ahli). Download borang ini, cetak dan boleh poskan kepada :-

Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
No.22, Jalan BP 6/12,
Bandar Bukit Puchong 2,
47120 Puchong,
Selangor.
Tel: 03-80623370

** Sila sertakan sekali:-
1) 1 salinan Kad Pengenalan
2) 2 Keping Photo sizze passport berwarna
3) Salinan AA (Jika ada)

Monday, March 9, 2009

Pengumuman Penting

Untuk pengetahuan semua ahli dalam masa 14 hari selepas MAP pihak Kramat akan menghantar minit mesyuarat agung permulaan, dan dokumen yang berkaitan kepada pihak SKM. Selepas itu kita akan menunggu jawapan dari pihak SKM. Pihak SKM akan memberikan kelulusan penuh kepada pihak Koperasi Kramat dalam masa sebulan untuk mula menjalankan aktiviti perniagaan dan aktiviti koperasi.
Dalam tempoh berkenaan pihak Koperasi akan membuat persediaan dengan menambah bilangan ahli melalui promosi-promosi disana sini. Kami akan cuba untuk bergerak ke semua lokasi sedapat yang mungkin untuk membuat promosi.
Mana-mana rakan yang ingin mendaftar bolehlah datang ke pejabat koperasi di Bukit Puchong untuk mengisi borang rasmi dan membuat bayaran RM20 untuk Fi masuk.
Kami juga akan membuat pengumuman dari masa kesemasa akan keputusan MAP baru-baru ini yang melibatkan beberapa perkara seperti jumlah syer, yuran syer, ALK, dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama pendaftaran online masih diteruskan. Selain borang ada di google group kami juga akan emel kepada semua ahli dalam masa yang terdekat.

Sekian.


Yang menjalankan amanah,


9W2REJ
Setiausaha Penaja

Sunday, March 8, 2009

MAP Kramat 8 Mac 2009

Jam 2 petang sebagaimana yang dijanjikan MAP Kramat telah berlangsung dengan penuh ceria dan harapan. Ahli yang datang dari Utara sehinggalah ke selatan Johor dan Pantai Timur telah datang dengan penuh semangat dan penuh harapan agar Kramat yang diwar-warkan benar-benar menjadi kenyataan.
Lebih kurang 70 orang ahli yang hadir pada hari berkenaan dan ini telah melebihi kuota MAP iaitu seramai 25 orang.
Majlis telah di mulakan oleh 9W2CYN, Pak Husin selaku Emcee dan diikuti oleh 9W2MAQ, Ustaz Nazri dengan bacaan doa mendapat keberkatan Allah. Seterusnya 9W2YR selaku Pengerusi Penaja telah memberikan kata-kata aluan yang cukup bersemangat sehinggakan beliau agak sebak diakhir ucapannya.Tahniah Pak Yob..kita semua impikan kejayaan bersama-sama anda...
Akhirnya majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Radiathul selaku Penolong Pengarah SKM Selangor. Ucapan beliau yang bersahaja serta ceria cukup menarik dan cukup mengkobarkan semangat semua ahli. Cadangan supaya Kramat membeli sebuah bangunan dengan bantuan dana SKM cukup menggembirakan semua hadirin..
Majlis diteruskan dengan penyampaian cendremata kepada perasmi dan jamuan ringan.
Seterusnya Encik Zaimi, pegawai SKM Selangor telah memberikan briefing berkenaan Koperasi kepada semua ahli.Ini adalah syarat khusus dalam penubuhan koperasi.
Lebih kurang jam 3 petang Mesyuarat Agung telah bermula dengan pelbagai agenda mengikut apa yang telah ditetapkan oleh SKM. Berikut adalah foto-foto yang sempat kamera aku rakamkan..semoga koperasi kramat menjadi koperasi yang berjaya dan mengharumkan nama radio amatur Malaysia...
Terima kasih kepada semua yang hadir ..terima kasih kepada semua AJK Penaja yang bertungkus-lumus menjayakan MAP ini. Tahniah juga kepada ALK yang terpilih. Yang tidak hadir juga terima kasih atas sokongan selama ini. Kramat akan terus maju dan gemilang dengan sokongan anda semua.. Segala kelemahan penganjuran MAP ini adalah kelemahan yang kami akan perbaiki dimasa akan datang.

Ucapan penuh semangat 9W2YR


Unit Komunikasi AKI,BCT,RES,LP,ZKI dan rakan baru Encik Rashdan

9W2YR memberi kata-kata aluan

9W2MEZ, 9W2JSJ,9W2AZQ menyemak borang pendaftaran

Sebahagian ahli yang hadir

Majlis yang cukup ceria, penuh dengan harapan menggunung semua rakan radio ham Malaysia.


Lagi gambar disini

Thursday, March 5, 2009

Latest....Lagi

180 Shahili Bin Shahroom- 9W2XSP
181 Azhari Bin Hj. Miskah- 9W2NET
182 Kamarudin Daud - 9W2KDK
183 Shahril Bin Mohd Yusof -9W2RES
184 Khairil Anwar Bin Jaafar-9W2UWR
185 Mohamad Khairi Anuar Bin Ibrahim-9W2QKA
186 Rosnizam SahraniI-9W2FVV
187 Zuraidy Bin Md Idris- 9W2ZJS
188 Mohamad Shaipuddin Bin Ismail- 9W2PDI
189 Sarina Binti Jamain - SWL Eina
190 Muhamad Suwadi Bin Muhamad Shukor - SWL Didie

Tahniah dan tahniah da welcome to SWL Eina dan SWL Didie, dari jauh mai..dari Gerik Perak. Dah sampai pun ke KL petang tadi..Cukup bersemangat. Yeah...tinggal lagi 10 orang sebelum cukup 200. Target kita 200 orang sebelum MAP Ahad ni..

Dokumen-dokumen

Untuk makluman semua dokumen-dokumen berikut perlu dibawa untuk pihak Koperasi Kramat menguruskan pendaftaran Ahli Koperasi pada 8 mac 2009 ini. Dokumen-dokumen berkenaan adalah:-

1) 2 keping photo berwarna size passport
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Salinan AA ( Jika ada )
4) RM20 untuk Yuran pendaftaran( 70 ahli pertama mendaftar akan menerima sebuah diari peribadi)

Selain dari diari diatas ahli yang mendaftar juga bakal menerima hadiah misteri untuk dibuat kenang-kenangan.

* Semua dijemput hadir tanpa mengira anda ingin mendaftar sebagai ahli atau pun tidak. Jika datang untuk ber eyeball dan bertemu dengan rakan-rakan juga adalah dialu-alukan. Cuma ahli-ahli Koperasi sahaja yang akan bermesyuarat didalam dewan.

Jemput Datang Semua!!

Tuesday, March 3, 2009

Terbaru..lagi 14 sahaja lagi..

180 Shahili Bin Shahroom- 9W2XSP
181 Azhari Bin Hj. Miskah- 9W2NET
182 Kamarudin Daud - 9W2KDK
183 Shahril Bin Mohd Yusof -9W2RES
184 Khairil Anwar Bin Jaafar-9W2UWR
185 Mohamad Khairi Anuar Bin Ibrahim-9W2QKA
186 Rosnizam SahraniI-9W2FVV

Tahniah dan tahniah..lagi 14 sahaja lagi..

Monday, March 2, 2009

Borang Rasmi Ahli Koperasi Kramat

Untuk makluman borang rasmi keahlian Koperasi Kramat telah diupload ke google group Kramat. Hanya ahli yg telah mendaftar dengan Online Form akan di jemput menyertai Googlegroup Kramat ini.
Bagi yang telah menerima invitation dari Kramat GoogleGroup sila masuk ke google group berkenaan untuk mendapatkan borang rasmi.
Borang ini juga boleh diperolehi semasa Mesyuarat Agung Pertama 8 Mac 2009 nanti.


** Jika ada mana-mana ahli yang tidak memberikan emel semasa pendaftaran, googlegroup mungkin menghadapi masalah untuk invite anda. Sila emel terus callsign dan emel address kepada koperasi.radioham@gmail.com

** Mana-mana ahli yg masih belum mengesahkan kemasukkan ke group berkenaan boleh membuka semula emel invitation yang telah dihantar

Sunday, March 1, 2009

Tempat Tinggal MAP

Pihak KRAMAT telah mendapatkan tempat tinggal iaitu asrama bagi mana-mana tetamu atau ahli yang datang dari jauh pada mesyuarat bertarikh 8-3-2009. Asrama ini adalah Asrama Rakan Muda Bukit Kiara. Setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil bujang, bilik air, TV, dan kemudahan asas yang lain. Bayaran Minimum sebanyak RM30/kepala perlu dibayar untuk semalam. Ini bermakna satu bilik adalah RM60 semalam.
Buat masa ini kami telah menempah 5 bilik, dan 2 bilik telah di tempah. Oleh itu terdapat lagi 3 bilik dengan kapasiti 6 orang masih kosong. Umtuk sebarang tempahan sila maklumkan kepada saya di talian 012-3050205 sekadar yang segera.
Bayaran penginapan perlu dijelaskan pada hari masuk dan hanya cash sahaja diterima.
Harap maklum.

Etika Pakaian dan Tetamu VIP MAP

Tuan-tuan dan puan-puan untuk makluman pada tarikh 8-3-2009 iaitu
tarikh MAP (mesyuarat agung permulaan) berkenaan etika pakaian adalah
seperti berikut:-

1) Smart kasual
2) Atau Batik

Pada hari berkenaan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Selangor, Tuan Haji Saiful Bahri bin Haji Omar adalah tetamu VIP yang akan merasmikan Mesyuarat berkennaan.

Sekian. Harap Maklum.