Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua ahli yang muslim Kami dari Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ingin mengambil kesempatan diatas kehadiran bulan syawal yang akan menjelang tiba untuk memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang menerajui kepimpinan Koperasi ini.
Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan akan diterima Allah dan semoga kita akan mendapat keberkatan darinya.
Bagi yang balik kampung lakukan perjalanan anda dengan berhati-hati.
Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin.


Dari,

ALK
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Monday, September 7, 2009

Akaun Bank Koperasi Sudah Dibuka!!

Pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ingin memaklumkan bahawa akaun semasa koperasi telah dibuka iaitu seperti maklumat dibawah:-

1)Bank Maybank Berhad, No. Akaun: 564258331555. Semua bayaran hendaklah diatas nama KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD

2)Bank Islam Malaysia Berhad, No. Akaun: 16-018-01-001452-6. Semua bayaran hendaklah diatas nama KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD.


Oleh itu mana-mana ahli yang ingin membuat bayaran boleh bank in secara online ke nombor akaun berkenaan. Slip bank in perlu ditulis nama ahli dan nombor IC serta difaxkan terus ke 03-8062 3372. Slip asal perlu disimpan oleh ahli untuk rujukan pada masa hadapan.

Saturday, September 5, 2009

Notis Sebutharga

Pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad mempelawa kepada mana-mana syarikat untuk menyertai sebutharga seperti berikut:-

Tajuk: MEMBEKAL, MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MENGHANTAR BUKU UNDANG-UNDANG KECIL
No Sebutharga: KR/SH/2009/01


Syarat-syarat Menyertai Sebutharga:
1.Berdaftar dengan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad sebagai pembekal.
2.Ahli kepada Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual:
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
No.22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
11 HB SEPTEMBER 2009 Hingga 18 HB SEPTEMBER 2009


Harga Dokumen Dan Bayaran Atas Nama :
RM 50.00 atas nama Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Tempat, Tarikh dan Waktu Sebutharga Tutup :
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
No.22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
30 HB SEPTEMBER 2009.
12.00 tengah hari

Wednesday, August 12, 2009

Tahniah Kepada Anda

Setakat pagi ini pihak kami mendapat maklumat semua pelajar yang menghadiri kelas RAE anjuran Kramat telah lulus dengan cemerlang. Tahniah sekali lagi kepada anda semua.

1. Collin Abel Nathan - lulus
2. Hassan Basri Bin Che Ros- lulus
3. Ho Yueh Liang, Ivan-lulus
4. Mohd Faizul Bin Mohd Majid - lulus
5. Muhamad Suwardy Bin Muhamad Rozali - lulus
6. Norhayati Binti mohd Yassin- lulus
7. Razuki Bin Ibrahim - lulus
8. Shahabudin Hj. Pa Wan Teh - lulus
9. Wan Zainoorhazwan B.Hamid - lulus
10. Zawahir Mohd Wazir - lulus
11. Hisamudin Abd Wahid - lulus
12. Mohd Fazil Bin Ismail - lulus
13. Muhamad Shafid Bin Shukor -lulus
14. Johan Budiman Abdullah -lulus

Result RAE Jun 2009..

Result RAE Jun 2009 dah keluar semalam. ALK Kramat mengucapkan tahniah kepada semua yang lulus. Selamat datang ke dunia radio ham.
Untuk calon-calon yang mengambil kelas dengan Kramat baru-baru ini juga tahniah atas kejayaan anda.
Kami di Koperasi amat berbesar hati kerana setakat pagi ini 13 August 2009,semua calon-calon yang dapat dihubungi telah mendapat kejayaan dalam RAE berkenaan.

Tahniah sekali lagi dari kami. Terima kasih kepada guru-guru;

1)9M2RI
2)9W2TTC
3)9W2SMF
4)9W2NUR
5)9W2XMP

atas segala tunjuk ajar.

Thursday, July 23, 2009

Pembelian Secara Ansuran

Pihak Koperasi Kramat didalam perancangan untuk menyediakan pelan pembayaran ansuran untuk produk-produk jualan koperasi seperti Radio set. Tujuan pelan ini adalah untuk memudahkan ahli membeli produk radio amatur secara lebih mudah. Selain itu terdapat juga peralatan radio seperti set HF yang agak mahal dan ada sesetengah ahli kurang berkemampuan untuk membelinya.
Pelan ansuran yang dirancang dijangka akan membuatkan permintaan terhadap produk radio amatur akan meningkat dengan mendadak.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum mana-mana ahli koperasi layak menikmati pelan berkenaan, antaranya adalah:-

Tempoh keahlian yang tertentu didalam koperasi. Ahli yang layak adalah ahli yang sudah melabur dan mendaftar didalam suatu jangka masa yang ditetapkan. Ini adalah untuk memberi ruang hanya ahli yang benar-benar serius didalam koperasi sahaja mendapat peluang berkenaan.

Pembayaran yuran bulanan atau yuran khas akan diperkenalkan suatu masa nanti. Mana-mana koperasi sebelum memberi pinjaman biasanya akan membuat kutipan yuran bulanan berkenaan. Ini bagi menampung pusingan modal koperasi berkenaan


Itu adalah antara beberapa jenis kelayakan yang biasanya diperkenalkan. Oleh itu mana-mana peminat radio amatur yang mempunyai niat untuk membeli secara ansuran dan masih belum menjadi ahli Kramat agar dapat demikian secepat mungkin.



Setiausaha Koperasi,



9W2REJ

Tuesday, July 21, 2009

Training Yaesu

Satu training product oleh Yaesu akan diadakan pada Jumaat 24 July 2009 ini, jam 2.00 petang di Petaling Jaya. Mana-mana ahli Kramat yang berdaftar boleh hantar SMS kepada 012-3050 205(9W2REJ) untuk mendaftar bagi sessi training berkenaan.Cepat-cepat bukan senang nak dapat peluang training macam ini.


Rudy
Setiausaha Kramat