k-RAMAT apa tu? Itu antara persoalan yang mungkin di tanya-tanya oleh sebilangan peminat radio amatur malaysia. Sebenarnya pada pertengahan bulan disember 2008 sebilangan kecil peminat radio amatur telah berbincang dan mencapai kata putus untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi menjaga kepentingan peminat radio ham.
k-RAMAT atau ringkasannya koperasi radio amatur malaysia adalah bermatlamat untuk menubuhkan sebuah koperasi serbaguna yang ahlinya adalah dikalangan peminat radio amatur.
Mungkin kita biasa mendengar koperasi guru, koperasi angkatan tentera, dan koperasi. Kewujudan koperasi ini dari yang kecil sehinggalah yang terbesar telah terbukti sangat besar sumbanganya kepada ahli-ahli yang terlibat. Walaupun koperasi ini terlibat didalam perniagaan namun keuntungan bukanlah matlamat koperasi semata-mata, namun yang lebih penting adalah untuk menjaga kepentingan ahli didalam koperasi itu sendiri.
Maka dengan ribuan pemegang lesen radio amatur di Malaysia ini ditambah pula rakan-rakan SWL yang mungkin lebih ramai maka adalah tidak mustahil koperasi k-RAMAT ini akan menjadi sebuah koperasi yang kuat dan teguh.
Jadi marilah semua rakan-rakan kita sama-sama membangunkan dan menyokong penubuhan koperasi ini.
Jika anda semua suka dengan hobi radio amatur ini mungkin sudah sampai masanya kita semua memikirkan apakah lagi yang kita boleh dapat selain dari menambah kawan, ber QSO, mencipta hombrew yang baru..apa lagi..
Maka inilah yang kita boleh fikirkan buat masa ini iaitu penubuhan Koperasi Radio Amatur Malaysia.
Marilah sama-sama menyokong penubuhan koperasi ini. Kami sebagai AJK penaja akan menghantar permohonan secara rasmi kepada pihak suruhanjaya koperasi. Maka kami memerlukan seramai mungkin senarai rakan-rakan 9M,9W,radio komersil dan juga SWL, malahan sesiapa sahaja yang berminat dengan radio amatur untuk mendaftar.
Sila isi borang online disebelah kanan dan click SUBMIT. Selamat mendaftar.