Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua ahli yang muslim Kami dari Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ingin mengambil kesempatan diatas kehadiran bulan syawal yang akan menjelang tiba untuk memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang menerajui kepimpinan Koperasi ini.
Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan akan diterima Allah dan semoga kita akan mendapat keberkatan darinya.
Bagi yang balik kampung lakukan perjalanan anda dengan berhati-hati.
Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin.


Dari,

ALK
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Monday, September 7, 2009

Akaun Bank Koperasi Sudah Dibuka!!

Pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ingin memaklumkan bahawa akaun semasa koperasi telah dibuka iaitu seperti maklumat dibawah:-

1)Bank Maybank Berhad, No. Akaun: 564258331555. Semua bayaran hendaklah diatas nama KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD

2)Bank Islam Malaysia Berhad, No. Akaun: 16-018-01-001452-6. Semua bayaran hendaklah diatas nama KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD.


Oleh itu mana-mana ahli yang ingin membuat bayaran boleh bank in secara online ke nombor akaun berkenaan. Slip bank in perlu ditulis nama ahli dan nombor IC serta difaxkan terus ke 03-8062 3372. Slip asal perlu disimpan oleh ahli untuk rujukan pada masa hadapan.

Saturday, September 5, 2009

Notis Sebutharga

Pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad mempelawa kepada mana-mana syarikat untuk menyertai sebutharga seperti berikut:-

Tajuk: MEMBEKAL, MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MENGHANTAR BUKU UNDANG-UNDANG KECIL
No Sebutharga: KR/SH/2009/01


Syarat-syarat Menyertai Sebutharga:
1.Berdaftar dengan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad sebagai pembekal.
2.Ahli kepada Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual:
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
No.22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
11 HB SEPTEMBER 2009 Hingga 18 HB SEPTEMBER 2009


Harga Dokumen Dan Bayaran Atas Nama :
RM 50.00 atas nama Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Tempat, Tarikh dan Waktu Sebutharga Tutup :
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
No.22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
30 HB SEPTEMBER 2009.
12.00 tengah hari