Sunday, September 22, 2013

Hamfest 2013

Hamfest 2013..apakah kesudahannya. Adakah syarikat Ada Vista yg menjadi penganjur pada tahun 2012 akan maneruskan penganjuran bagi tahun 2013?

Pihak Kramat sedang menyelidiki perkara ini dan berusaha menghubungi syarikat berkenaan. Insyallah walaupun Arwah Azli Paat sudah pergi meninggalkan kita selama-lamanya, namun kami semua masih ada dan akan berusaha meneruskan semangat perjuangan Arwah yang berkobar-kobar meletakkan Hamfest di dalam peta Malaysia.

Photo 1: Kenangan bersama arwah, ketika perbincangan awal persediaan Kramat untuk Hamfest 2012

Photo 2: Booth Kramat yang sentiasa penuh dikunjungi oleh rakan2 radio. Terima kasih

Insyallah jika ada sokongan, ada kederat dan sumber kewangan yang mencukupi Kramat akan berusaha untuk sama-sama  menjayakan Hamfest bagi tahun 2013.


Tuesday, April 10, 2012

JUALAN PROMOSI KOPERASI KRAMAT..CUMA 1 HARI SAHAJA


MASA: 10am - 5pm (1 HARI SAHAJA)
TARIKH :11 APRIL 2012
HARI : RABU
TEMPAT: SHOWROOM KOPERASI KRAMAT, NO.22, JALAN BP 6/12, BANDAR BUKIT PUCHONG, 47120 PUCHONG, SELANGOR
CALLING CHANNEL : V20
TELEFON: 019-3343305 ATAU 012-3050 205

Sunday, March 4, 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI DAN TAWARAN MENGOSONGKAN JAWATAN ALK

Tuan/Puan Ahli Lembaga Koperasi,

Senarai edaran:-
1.ABD RASID AHMAD SIDEK
2.RUDY ERUWAN BIN JAMAIN
3.RAFIDAH BINTI MUHAMMED
4.ASWADINORMAN SAFEIE
5.KHAMIZAH BINTI KAMARUDIN
6.MOHD KHALIL BIN MAT PIAH
7.ZURAIMI BIN MOHAMAD DON
8.MUHAMAD HILMI BIN MAMAT
9.MOHD FARID BIN MISLAN
10.MOHD AZMAN BIN ABDUL AZIZ
11.YUSUF BIN MD ABDUL GANI
12.HISHAMUDDIN BIN ABDULLAH
13.ZAHARAH BINTI AHMAD
14.AZHARI HJ. MISKAH
15.KAMARUDIN BIN DAUD


Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung seperti ketetapan berikut :-


Tarikh : 24 Mac 2012
Masa: 2.00pm - 5.00pm
Tempat: Dewan Balqis, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.


2.Sehubungan dengan perkara di atas Tuan/Puan adalah ditawarkan untuk mengosongkan jawatan ALK(Ahli Lembaga Koperasi ) dengan membuat permohonan rasmi sama ada melalui surat atau emel kepada Setiausaha Koperasi sebelum 9 Mac 2012 . Ini adalah selaras dengan Undang-Undang Kecil Koperasi sebagaimana yang berikut :-

37. 1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap mesyuarat agung perwakilan tahunan.

Bagi maksud itu 5 orang ALK dari koperasi ini perlu mengosongkan jawatannya. ALK yang telah mengosongkan jawatannya boleh dipilih semula di dalam Mesyuarat Agung untuk dilantik semula pada sesi yang seterusnya.


4. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan adalah amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.


Yang berusaha,



Setiausaha Kramat
Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
012-3050205
9w2rej.blogspot.com

Thursday, March 1, 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

MAKLUMAN AWAL.

Adalah dimaklumkan KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD akan mengadakan MESYUARAT AGUNG PERTAMA seperti ketetapan berikut :

TARIKH :24 MAC 2012
MASA: 2.00 PM KE 5.00 PM
TEMPAT:DEWAN BALQIS NO.2,JALAN 2/12,BANDAR BARU SELAYANG,68100 BATU CAVES,SELANGOR.

SURAT JEMPUTAN AGM AKAN DIHANTAR KEPADA SEMUA AHLI YANG LAYAK DALAM MASA TERDEKAT.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU SEMUA AHLI YANG MASIH BELUM MENJELASKAN SAHAM SILA BERBUAT DEMIKIAN PADA KADAR YANG SEGERA.

PADA AGM KALI INI 5 JAWATAN ALK AKAN DIKOSONGKAN UNTUK. AHLI YANG BERMINAT BOLEH MENCALONKAN DIRI DAN DICALONKAN.

Wednesday, February 1, 2012

JUALAN PROMOSI TAHUN 2012

RADIO AMATUR
JENIS : LINCOLN TWO-WAY RADIO SUPER 101
JAMINAN: 1 TAHUN
HARGA RM550/UNIT
SIRIM/MCMC: ADA
UNTUK PEMBELIAN/PERTANYAA SILA HUBUNGI 012-3050 205
CIRI-CIRI: HARGA MURAH, ADA JAMINAN PENGILANG, ADA KELULUSAN SIRIM/MCMC, SAIZ KOMPAK,
128 CHANNELS, 1600mAH-Li-Ion Battery, Digital Tuning, PTT ID Display, VOX, Ultra-Bright LED Flashlight, dan macam-macam lagi.





Saturday, November 19, 2011

BILIK LATIHAN KOPERASI KRAMAT UNTUK DISEWA



Bilik Latihan Koperasi Kramat untuk disewa. Kadar sewaan adalah RM50/jam. Kapasiti bilik adalah untuk 10- 15 orang. Harga sewaan termasuk kelengkapan seperti penghawa dingin, kerusi, white board, projektor dan laptop.
Bilik berkenaan sesuai untuk disewa bagi tujuan Kelas RAE, Mesyuarat Persatuan, Tuisyen dan lain-lain keperluan yang bersesuaian. Selain itu Koperasi turut menyediakan perkhidmatan catering bagi tujuan jamuan sepanjang event dijalankan.
Tempahan boleh dibuat melalui setiausaha di talian 012-3050 205 atau Puan Mieza di talian 019-334 3305.

* harga istimewa untuk Ahli Koperasi Kramat

Sunday, November 13, 2011

Kursus Ahli Lembaga Koperasi



13 November 2011, Satu kursus koperasi telah dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Koperasi Malaysia bertempat di Kajang, Selangor. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada koperasi-koperasi baru akan peluang-peluang perniagaan dan juga kepentingan koperasi. Pada kursus berkenaan Tuan Haji Ramlan dan Encik Rasyidi dari MKM telah menyampaikan banyak maklumat yang berguna kepada peserta kursus. Koperasi KRAMAT telah diwakili oleh 9W2JSJ, 9W2MEZ dan 9W2REJ

Saturday, May 14, 2011

Hamfest 2011

KRAMAT turut dijemput utk menyertai Hamfest 2011 yang diadakan di KL Tower pada 13-14 Mei 2011. MEZ daan JSJ sedang mempromosi keahlian koperasi kepada ahli baru

Hamfest 2011

Bersama 9M2QQ..

Saturday, March 5, 2011

Mesyuarat Agung Kawasan

Tuan/Puan

Untuk makluman Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad merupakan sebuah koperasi yang telah diluluskan oleh pihak Suruhnjaya Koperasi Malaysia pada 8 Julai 2009 untuk mempunyai keanggotaan di seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu koperasi ini perlu mengadakan satu mesyuarat agung kawasan terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan diadakan di Selangor. Mesyuarat Agung Kawasan berkenaan boleh diadakan di peringkat negeri-negeri atau zon-zon yang mana setiap kawasan mestilah mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 25 orang anggota. Memandangkan koperasi ini baru ditubuhkan maka tuan/puan sebagai ahli yang terawal bagi koperasi ini dipelawa untuk mengadakan mesyuarat agung kawasan bagi memilih perwakilan dari kawasan masing-masing untuk menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan berkenaan.

2. Sehubungan dengan itu sekiranya tuan/puan merasakan kawasan tuan/puan berpotensi untuk diadakan satu mesyuarat kawasan maka sila hubungi saya di talian 012-3050 205 atau 019-334 3305 seberapa segera yang mungkin bagi mendapatkan keterangan lanjut. Perwakilan yang dihantar ke Mesyuarat Agung Perwakilan mempunyai peluang untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Koperasi(ALK) bagi tahun 2011 setelah 5 jawatan ALK akan dikosongkan pada mesyuarat pada kali ini sebagaimana mengikut Undang-undang Kecil iaitu perkara 37 Fasal (1):-

37. 1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap mesyuarat agung perwakilan tahunan.


3. Tuan/puan sama ada sebagai ahli atau tidak boleh membuat satu mesyuarat berkenaan dikawasan masing-masing setelah mendapat persetujuan ahli lembaga. Presiden atau pengerusi persatuan atau kelab radio amatur juga dipelawa untuk mengadakan mesyuarat agung kawasan masing-masing setelah kesemua 25 anggota berkenaan menjadi ahli koperasi.
Sokongan dari tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memastikan koperasi ini dapat dipacu menuju kejayaan dan landasan yang sepatutnya oleh ALK yang berwibawa.

Sekian Terima kasih.



--
Yang berusaha,



Setiausaha Kramat

Sekilas berkenaan Koperasi Kramat

Untuk makluman ahli-ahli yang dikasihi bermula dari minggu ini sedikit sebanyak maklumat alnjut berkaitan Koperasi Kramat akan dikongsikan untuk tatapan semua melalui ruangan sekilas berkenaan Kramat.
Maklumat ini sangat penting bagi ahli-ahli koperasi sama ada yang sudah atau akan menjadi ahli koperasi pada masa hadapan.

Kawasan Operasi

Menurut Undang-undang Kecil(UUK) Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ;

Kawasan operasi
6. Kawasan operasi Koperasi ini ialah seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak)


Fasal 6 didalam UUK berkenaan bermaksud Koperasi Kramat ini boleh mempunyai keahlian di seluruh negara termasuk sabah dan sarawak. Walaupun pada asalnya pihak SKM agak keberatan untuk meluluskan permohonan untuk mendapatkan keahlian seluruh Malaysia, namun setelah diperjelaskan akan situasi rakan-rakan ham yang berada diseluruh pelosok negara maka akhirnya pada tarikh keramat iaitu 8 Julai 2009, pihak SKM telah berbesar hati mendaftarkan koperasi ini dengan rasminya.

Berita ini juga bermakna Koperasi Kramat adalah sebuah koperasi yang akan mempunyai 2 jenis Mesyuarat Agung iaitu Mesyuarat Agung Kawasan dan Mesyuarat Agung Perwakilan. Mesyuarat Agung Kawasan adalah bila mana Ahli Lembaga telah menetapkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan untuk mesyuarat seperti Fasal 26 menjelaskan seperti berikut :-

26. (1) Bagi maksud seksyen 37 Akta, Lembaga boleh menentukan kawasan-kawasan mesyuarat dan memanggil satu mesyuarat agung di tiap-tiap kawasan untuk memilih perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan. Setiap kawasan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua puluh lima orang anggota.
(2) Bilangan perwakilan yang dipilih bagi sesuatu kawasan hendaklah mengikut nisbah anggota seperti berikut:
(a) bagi tiap-tiap lima orang anggota, seorang perwakilan; dan
(b) jumlah perwakilan bagi sesuatu kawasan hendaklah tidak melebihi empat orang.


Secara mudahnya fasal berkenaan bermaksud setiap kawasan mestilah mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 25 anggota yang mana bagi setiap 5 anggota seorang perwakilan akan dihantar mewakili kawasan berkenaan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan.

Oleh kerana Koperasi Kramat masih lagi baru maka kemungkinan besar kawasan yang akan ditentukan oleh pihak Lembaga tidak mewakili setiap negeri yang ada, tetapi lebih kepada zon-zon tertentu seperti zon utara, timur, selatan dan tengah.

Walaubagaimanapun sekiranya ada mana-mana negeri yang mempunyai keahlian seramai 25 anggota maka negeri berkenaan sudah boleh mengadakan satu Mesyuarat Agung Kawasan. Bagi mana-mana ahli yang berminat sama ada sudah mendaftar atau belum bolehlah menghubungi saya di talian 012-3050205 bagi menyatakan hasrat untuk mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan masing-masing.

Mesyuarat Agung Kawasan berkenaan perlu diadakan sekurang-kuranngya sebulan sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan yang dijangka akan diadakan pada bulan April nanti.

Bicara Eksekutif dan Taklimat Promosi Program MKM

REJ bersama Tuan Haji Ramlan, pegawai dari pusat konsultasi MKM


Perbincangan bersama-sama bagi maksud halatuju Kramat..


JSJ dan MEZ turut menyertai taklimat ini





Pada 5 Mac 2011, Setiausaha Kramat, Bendahari 9W2JSJ dan salah seorang ALK 9W2MEZ telah menghadiri satu Program yang dianjurkan oleh SKM(suruhanjaya koperasi) dan MKM(Majlis Koperasi Malaysia) di Hotel De Palma Shah Alam.
SKM dan MKM menganjurkan taklimat ini untuk memberi pendedahan kepada koperasi-koperasi yang baru ditubuhkan di sekitar Negeri Selangor berkenaan tanggungjawab ahli lembaga koperasi, bidang tugasan, jenis-jenis latihan, cadangan perniagaan koperasi dan kepentingan mewujudkan koperasi.

Sunday, February 27, 2011

Notis Menjelaskan Saham Koperasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Merujuk kepada perkara diatas pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ingin mengambil kesempatan disini untuk memohon kerjasama kepada semua ahli koperasi untuk menjelaskan saham koperasi yang masih belum di jelaskan pembayarannya.

Notis peringatan ini untuk mana-mana ahli yang sudahpun mendaftar dan membayar Fi RM20 atau membayar sebahagian saham supaya menjelaskan baki yang tertunggak.

Bayaran boleh dibuat sebelum penghujung bulan Mac 2011 memandangkan Mesyuarat Agung Perwakilan yang mungkin akan diadakan pada suku pertama tahun 2011 ini. Untuk maklumat berkaitan pembayaran boleh berhubung terus dengan bendahari 9W2JSJ di talian 012-2972307 atau saya di talian 012-3050 205.

Sekian. Terima kasih.

Senarai Ahli Koperasi

Tuan/Puan,
Berikut dilampirkan senarai ahli koperasi yang telah dikemasikini sehingga 31 Disember 2010.
Masih terdapat senarai terkini yang belum mengambilkira kemasukan baru. Senarai berkenaan akan dipamerkan di dalam masa yang terdekat.

Sila click di bawah

SENARAI AHLI KRAMAT

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t
Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri kami warga Koperasi Kramat mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya. Mohon maaf atas segala kesilapan dan terkasar bahasa jika ada.
Bagi yang pulang ke kampung berhati-hati semasa dijalanraya.
Semoga sambutan pada kali ini adalah yang terbaik untuk anda semua.


ALK Koperasi Kramat

Friday, June 25, 2010

Lawatan Mr Toyoma Yaesu ke Kramat





Baru-baru ini Mr Toyoma sekali lagi datang ke Kramat bagi menjalinkan hubungan dengan Kramat. Pada kali ini keputusan telah dibuat untuk melantik Kramat sebagai distributor untuk Malaysia bagi barangan radio amatur Yaesu.
Kramat juga bakal mengadakan satu majlis menandatangani MOU berkenaan.

Tuesday, April 13, 2010

Koperasi Radio Amatur Malaysia Berha mengucapkan selamat menduduki peperiksaan RAE kepada semua calon-calon . Semoga berjaya.

Sunday, March 14, 2010

Pertemuan Bermakna..


Aku dan 9W2GL

12hb Mac 2010, lebih kurang jam 9.30 malam disekitar Petaling Jaya, aku telah ditemukan dengan seseorang yang dah lama aku nak jumpa cuma masa tidak menemukannya denganku.
9W2GL atau Wan Morhisham bin Mokhtar, juga lebih dikenali sebagai Presiden MARTS adalah antara insan yang begitu kuat mempertahankan kewujudan dan kerasionalan hobi radio amatur di Malaysia.
Pertemuan pada malam berkenaan telah diatur tanpa dirancang dengan rapi. Aku telah mewakili Koperasi Kramat bersama-sama 9w2MEZ telah bertungkus-lumus memperkenalkan dan menjelaskan akan peranan serta fungsi koperasi kramat ditengah-tengah kewujudan pelbagai persatuan, kelab dan kumpulan radio amatur di Malaysia.
Alhamdulillah nampaknya pertemuan tersebut berhasil dan MARTS sebagai sebuah persatuan radio amatur yang satu-satunya diiktiraf oleh IARU turut mengiktiraf kewujudan Kramat. Memetik kata-kata presidennya kewujudan Kramat adalah sesuatu yang menjadi pelengkap kepada MARTS sebuah persatuan radio amatur dan Kramat sebagai sebuah entiti perniagaan yang mengkhusus didalam radio amatur dan mewakili kelompok peminat radio amatur.
Pada malam berkenaan kami merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti secara bersama seperti kelas RAE, seminar dan lain-lain program lagi yang sedang menanti. Terima kasih juga kepada 9w2SBS(Aiznin) selaku VP MARTS yang banyak membantu selama ini, dan juga 9M2CJ(Thiam)iaitu juga merupakan Setiausaha MARTS dan juga IARU Liaison bagi Malaysia.

Tunggu sahaja kemunculan Koperasi Kramat dan MARTS dalam pelbagai aktiviti yang akan mendatang.

Friday, March 5, 2010

Yaesu dah sampai Malaysia!

Salam semua.
Khamis baru-baru ni 4 Februari saya telah dihubungi oleh pihak Yaesu yang mengatakan 3 model Yaesu telahpun sampai ke Malaysia. 3 model berkenaan adalah FT2900, FT7900 dan FT270 yang akan dihantar ke Kramat untuk diuji.
Mengikut perjanjian asal dengan Yaesu model-model berkenaan akan diserahkan kepada Koperasi Kramat untuk diuji sebelum dihantar ke SIRIM.
Walaupun kita semua telah menunggu sekian lama, namun sebenarnya ini adalah proses biasa kerana pihak Yaesu perlu mendapatkan AP terlebih dahulu untuk membawa masuk 3 mdoel berkenaan ke Malaysia untuk diuji.
Semua ahli-ahli koperasi diharap bersabar dan sedikit masa lagi kita akan sama-sama menjayakan apa yang telah kita rancang selama ini.
Mana-mana rakan yang berminat bolehlah berkunjung ke koperasi untuk melihat dan menguji model berkenaan apabila telah dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini. Dibawah ini saya pastekan 3 model berkenaan yang telahpun ada didalam website Yaesu sebagai rujukan untuk semua.

FT7900

FT7900 Features

High Power Output
Boasting a big 50 Watts of power output on 144 MHz, and 40 Watts on 430 MHz, the FT-7900R also includes provision for three lower power levels, so you never have to use more power than you really need. The power level is stored in regular and Hyper Memory registers, too
Wide Receiver Frequency Coverage, coverage from 108 to 520 MHz, and 700 to 999.99 MHz (cellular blocked), so you have available a wide range of monitoring excitement, including AM Aircraft, Public Safety, Government, Business, and, of course, Amateur communications. The synthesizer steps appropriate for the operating band are automatically selected, too!
Large LCD Display
One-Touch
Five front panel keys allow complete transceiver configuration status to be stored for convenient one-touch recall. So you can set up favorite frequencies in each operating band, including the receive-only bands, and then recall them with a single touch of a button!
Over 1000 Memory Channels
The FT-7900R’s incredible memory channel capacity includes registers for over 1000 channels, each capable of storing a 6-character Alpha-Numeric label. And the memories may be stored in any of the 20 available memory groups; a particular memory channel may also be stored in multiple groups, if desired.
YSK-7800 Remote Mounting Kit (option)
Using the optional YSK-7800 Separation Kit, which contains both cabling and a bracket for the remote front panel, you can mount the FT-7900R’s front panel on the vehicle’s dash board, then stow the radio’s body under the seat or in some other convenient, out-of-the-way location. The cables are approximately 20 feet (6 m) in length.
WiRES™ Internet Linking Capability
The FT-7900R’s DTMF signaling capability includes provision for easy access to Yaesu’s WiRES™ (Wide-coverage Internet Repeater Enhancement System) Internet linking nodes, as well as other linking systems that require a DTMF string for access.


FT2900

Large LCD Display
The large 6 digit backlit LCD on the FT-2900R ensure excellent visibility
Loud Audio with Internal Speaker
The FT-2900R packs 3W BIG watts of Loud Audio with its own Internal Speaker for those noisy environments.
Excellent Receiver Performance
The FT-2900R’s receiver front end features Yaesu’s renowned Advanced Track Tuning RF input filtering, which affords outstanding protection from Intermodulation distortion.
CTCSS and DCS Encode/Decode Built In
For easy repeater access, or silent monitoring of busy channels, both CTCSS and DCS (Digital Code Squelch) Encoder/Decoder circuits are built in. CTCSS and DCS configuration data may be stored independently in each memory channel. A “Split Tone” mode also allows operation on systems where CTCSS and DCS are used separately on the repeater uplink/downlink.
Extensive Memory System
The FT-2900R provides a total of 221 memory channels, including 200 “regular” memories, ten pairs of band-limit memories, and an instant-recall “Home” channel you can dedicate to a frequently-used repeater or simplex frequency. Memories can store repeater shift information, CTCSS/DCS data, power output level, scanning status (“Skip”), and Alpha-Numeric labels.
Alpha-Numeric Channel Display
Memory channels may be displayed either with the channel frequency or a personalized Alpha-Numeric label, for easy channel recognition. Up to six letters, characters, or numbers may be used for labeling channels.
WIRES Internet Linking Access Feature
The FT-2900R includes a conveniently-located “Internet” key, for quick access to Internet-linked repeater systems. Internet repeater linking allows you to use your FT-2800M to talk to other Amateurs throughout the world, with outstanding voice signal quality. The “Internet” key may be configured to send either a single DTMF digit, or a DTMF string, for operation on a WIRES™ (Wide-Coverage Internet Repeater Enhancement System) repeater, or on other Internet-linked repeaters using DTMF tone access. For more information on WIRES™, please visit our Web site (www.yaesu.com), or send an e-mail to WIRES@vxstdusa.com.
WX Channels with
A special 10-channel Weather Band memory bank is provided in the U.S. version, allowing quick access to NOAA weather broadcasts. When the 1050-Hz “Severe Weather” alert tone is transmitted, the FT-2900R may be configured to emit an alarm tone to get your attention quickly. With the “Weather Alert” feature enabled, the FT-2800M will scan the ten Weather memories, stopping only if the 1050-Hz tone is received.
MH-48A6J DTMF Direct Access Microphone
The backlit MH-48A6J microphone allows direct keypad frequency entry, or keypad memory channel recall. On transmit, the MH-48A6J allows manual entry of DTMF tones for autopatch use, and the FT-2900R also includes a nine-memory, 16-digit DTMF Autodialer. Four user-programmable “soft” keys on the microphone may be programmed for easy control of a number of different features, and the [A]/[B]/[C]/[D] keys replicate the functions of the keys on the front panel of the transceiver, for maximum convenience while driving.

FT270

FT270 Features

5 Watts Output
Large Backlit LCD Display
Submersible!
(submersion for up to 30 minutes at a depth of one meter).
Outstanding Receiver Audio 800 mW of audio
1400 mAh Battery Pack Yields Long Operating Time
Power Saving Circuit Design
Expanded Receiver Coverage The receiver's frequency range is 136-174 MHz
User Password
200 Memory Channels
Keyboard Frequency Entry
Weather Broadcast Channels
EAI (Emergency Automatic ID) Feature
Ideal for search-and-rescue work, the EAI feature can be commanded on so as to identify your FT-270R, and engage your PTT and microphone, remotely in an emergency situation. So if you don't check in during a search, help can be dispatched, with the automatic TX function allowing others to perform direction finding.
Split Tone Capability
Besides the usual CTCSS and DCS Encode/Decode features you've come to know and love on a Yaesu transceiver, the FT-270R includes a "Split Tone" capability that allows you to Encode a CTCSS tone, and Decode DCS, or vice-versa. You can also Encode (without decoding) either CTCSS or DCS.
Other Features:
- Enhanced Paging and Code Squelch
- Automatic Repeater Shift
- Memory-Only operating
- Scanning Mode: VFO / Memory / PMS / Dual Watch
- Nine DTMF Auto-dialer memories
- Two Front Panel programmable keys
- Keypad/Dial Lockout capability
- RF Squelch
- Battery Voltage Display
- TX Deviation Level (5 kHz or 2.5 kHz)
- Transmit Time-out Timer and Automatic Power-Off
- Busy Channel Lock-out
- ARTS (Auto-range Transponding System) that "beeps" the user when you move out of communications range