Untuk makluman ahli-ahli yang dikasihi bermula dari minggu ini sedikit sebanyak maklumat alnjut berkaitan Koperasi Kramat akan dikongsikan untuk tatapan semua melalui ruangan sekilas berkenaan Kramat.
Maklumat ini sangat penting bagi ahli-ahli koperasi sama ada yang sudah atau akan menjadi ahli koperasi pada masa hadapan.
Kawasan Operasi
Menurut Undang-undang Kecil(UUK) Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ;
Kawasan operasi
6. Kawasan operasi Koperasi ini ialah seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak)
Fasal 6 didalam UUK berkenaan bermaksud Koperasi Kramat ini boleh mempunyai keahlian di seluruh negara termasuk sabah dan sarawak. Walaupun pada asalnya pihak SKM agak keberatan untuk meluluskan permohonan untuk mendapatkan keahlian seluruh Malaysia, namun setelah diperjelaskan akan situasi rakan-rakan ham yang berada diseluruh pelosok negara maka akhirnya pada tarikh keramat iaitu 8 Julai 2009, pihak SKM telah berbesar hati mendaftarkan koperasi ini dengan rasminya.
Berita ini juga bermakna Koperasi Kramat adalah sebuah koperasi yang akan mempunyai 2 jenis Mesyuarat Agung iaitu Mesyuarat Agung Kawasan dan Mesyuarat Agung Perwakilan. Mesyuarat Agung Kawasan adalah bila mana Ahli Lembaga telah menetapkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan untuk mesyuarat seperti Fasal 26 menjelaskan seperti berikut :-
26. (1) Bagi maksud seksyen 37 Akta, Lembaga boleh menentukan kawasan-kawasan mesyuarat dan memanggil satu mesyuarat agung di tiap-tiap kawasan untuk memilih perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan. Setiap kawasan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua puluh lima orang anggota.
(2) Bilangan perwakilan yang dipilih bagi sesuatu kawasan hendaklah mengikut nisbah anggota seperti berikut:
(a) bagi tiap-tiap lima orang anggota, seorang perwakilan; dan
(b) jumlah perwakilan bagi sesuatu kawasan hendaklah tidak melebihi empat orang.
Secara mudahnya fasal berkenaan bermaksud setiap kawasan mestilah mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 25 anggota yang mana bagi setiap 5 anggota seorang perwakilan akan dihantar mewakili kawasan berkenaan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan.
Oleh kerana Koperasi Kramat masih lagi baru maka kemungkinan besar kawasan yang akan ditentukan oleh pihak Lembaga tidak mewakili setiap negeri yang ada, tetapi lebih kepada zon-zon tertentu seperti zon utara, timur, selatan dan tengah.
Walaubagaimanapun sekiranya ada mana-mana negeri yang mempunyai keahlian seramai 25 anggota maka negeri berkenaan sudah boleh mengadakan satu Mesyuarat Agung Kawasan. Bagi mana-mana ahli yang berminat sama ada sudah mendaftar atau belum bolehlah menghubungi saya di talian 012-3050205 bagi menyatakan hasrat untuk mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan masing-masing.
Mesyuarat Agung Kawasan berkenaan perlu diadakan sekurang-kuranngya sebulan sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan yang dijangka akan diadakan pada bulan April nanti.
Saturday, March 5, 2011
Bicara Eksekutif dan Taklimat Promosi Program MKM
REJ bersama Tuan Haji Ramlan, pegawai dari pusat konsultasi MKM

Perbincangan bersama-sama bagi maksud halatuju Kramat..

JSJ dan MEZ turut menyertai taklimat ini

Pada 5 Mac 2011, Setiausaha Kramat, Bendahari 9W2JSJ dan salah seorang ALK 9W2MEZ telah menghadiri satu Program yang dianjurkan oleh SKM(suruhanjaya koperasi) dan MKM(Majlis Koperasi Malaysia) di Hotel De Palma Shah Alam.
SKM dan MKM menganjurkan taklimat ini untuk memberi pendedahan kepada koperasi-koperasi yang baru ditubuhkan di sekitar Negeri Selangor berkenaan tanggungjawab ahli lembaga koperasi, bidang tugasan, jenis-jenis latihan, cadangan perniagaan koperasi dan kepentingan mewujudkan koperasi.

Sunday, February 27, 2011
Notis Menjelaskan Saham Koperasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Merujuk kepada perkara diatas pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ingin mengambil kesempatan disini untuk memohon kerjasama kepada semua ahli koperasi untuk menjelaskan saham koperasi yang masih belum di jelaskan pembayarannya.
Notis peringatan ini untuk mana-mana ahli yang sudahpun mendaftar dan membayar Fi RM20 atau membayar sebahagian saham supaya menjelaskan baki yang tertunggak.
Bayaran boleh dibuat sebelum penghujung bulan Mac 2011 memandangkan Mesyuarat Agung Perwakilan yang mungkin akan diadakan pada suku pertama tahun 2011 ini. Untuk maklumat berkaitan pembayaran boleh berhubung terus dengan bendahari 9W2JSJ di talian 012-2972307 atau saya di talian 012-3050 205.
Sekian. Terima kasih.

Senarai Ahli Koperasi
Tuan/Puan,
Berikut dilampirkan senarai ahli koperasi yang telah dikemasikini sehingga 31 Disember 2010.
Masih terdapat senarai terkini yang belum mengambilkira kemasukan baru. Senarai berkenaan akan dipamerkan di dalam masa yang terdekat.
Sila click di bawah
SENARAI AHLI KRAMAT

Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum w.b.t
Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri kami warga Koperasi Kramat mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya. Mohon maaf atas segala kesilapan dan terkasar bahasa jika ada.
Bagi yang pulang ke kampung berhati-hati semasa dijalanraya.
Semoga sambutan pada kali ini adalah yang terbaik untuk anda semua.
ALK Koperasi Kramat

Friday, June 25, 2010
Lawatan Mr Toyoma Yaesu ke Kramat
Subscribe to:
Posts (Atom)