Friday, January 30, 2009

Notis Mesyuarat Agung Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad(Dalam Penubuhan)

3 Februari 2009



Kepada:

Bakal Ahli-ahli Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad.


NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD(Dalam Penubuhan)

Merujuk perkara diatas, sukacitanya dimaklumkan Tan Sri/Dato',Tuan/Encik/Puan/Sri/Datin/Puan/Cik dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan yang akan diadakan:


Tarikh: 8 Mac 2009

Hari : Ahad

Masa : 2 petang- 6 petang

Tempat: Akan diberitahu kelak

Dengan kehadiran ahli-ahli, dapatlah kita menjalankan tanggungjawab terhadap koperasi dan menyumbang kepada negara.


Sekian, terima kasih.


..................
Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
Pengerusi Penaja Sementara
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Meeting Penaja ke 2

Baru-baru ni Koperasi KRAMAT telah mengadakan mesyuarat kali ke 2. Banyak perkara dibincangkan dan cukup memberangsangkan. Terima kasih atas segala kerjasama.




Cadangan dan Idea

Blog KRAMAT telah menyediakan ruangan untuk mana-mana ahli memberikan sebarang cadangan dan idea bagi memajukan perniagaan koperasi ini.
Cadangan seperti bentuk dan jenis pernigaan adalah digalakkan. Selain itu cadangan untuk kebajikan ahli seperti insurans, khairat kematian dan lain-lain juga dialu-alukan.
Ruangan ini terdapat dibahagian bawah sekali Blog ini. Terima Kasih

Thursday, January 29, 2009

Senarai terbaru..bertambah dan terus bertambah

Berikut adalah senarai terkini setakat Jam 8.45,30-1-2009 yang telah berdaftar melalui online form dan juga secara manual.
Mana-mana rakan yang menghadapai masalah untuk berdaftar melalui online sila emel nama,callsign,ic,no tel,alamat kepada koperasi.radioham@gmail.com. Atau fax kepada 0380623372 atau sms kepada 0123050205.
Jika ada rakan yang sudah berdaftar tetapi namanya tidak tersenarai sila daftar semula atau SMS sahaja kepada nombor diatas.

1 Hairul Bin Md Derus-9W2YZF
2 Mohamad Hamizi Bin Mohamed Ariffin-9W2ZEY
3 Saiedin Bin Mohamed Bakri-9W2TWH
4 W Shahrir Ismail -9W2XCO
5 Mohd Adha bin Hamzah-9W2ADH
6 Hasan Chan Abdullah-9W2CCW
7 Yusman Bin Yahya-9W2YBY
8 Mohd Mazru B Abdul Majid-9W2MZR
9 Aiznin Sairi bin Sulaiman-9W2SBS
10 Mohd Firdaus Elis Abd Majid-9W2FRD
11 Nurul Azlan Bin Sahat-9W2REO
13 Zaharah Binti Ahmad-9W2KLG
15 Muhamad Shafid bin Muhamad Shukor-SWL PET
16 Mohazzam Bin Mohamad-9W2OZM
17 Rudy Eruwan Jamain-9W2REJ
18 Khamizah bt Kamarudin-9W2MEZ
19 Suhaimi jalal-9W2CBA
20 Mohd Razi Bin Masduki-SWL Razi
21 Mohd azaini sham mohd ali-9W2BPT
22 Rosli Bin Samat-9W2MYV
23 Mohamad roslan bin mohamad amin-9W2SMR
24 Fadzil Bin Hussain-9W2FZ
25 Mohd Sahid bin Misian-9W2SMX
27 Amry Bin Amudi-9W2RIE
28 Hilmi iskandar bin hosnodin-9W2IZZ
29 Zamri B. Awa-9W2ZAM
30 Aziran Abdul Majid-9W2AZX
31 Noor Risham bin Md. Arus-9W2JSM
32 Rafidah Binti Muhammed-9W2JSJ
33 Mohd Fadzlullah b taifor-9W2KMT
34 Rahim Azli Bihiro Ellayali-SWL RAZ
35 Farudin Bin Mohd Amin-9W2FAS
36 Hussin Hj Ahmad-9W2CYN
37 Ahmad Janius Abdullah-9W2MMJ
38 Hisyamudin Bin Roslan-9W8YAM
39 Ahmad Pauzi Bin Abd Hamid-9W2APH
40 Abdullah bin Ibrahim-9W2ADO
41 Yusuf@Bob Latip-9W2SUE
42 zahidi hj.zakaria-PRPOW
43 Mohd Ekram Rudaini B. Haron-9W2DME
44 Tuan Harun Bin Tuan Yahya-9W2STH
45 Ridzaludin Bin Abd.Wahid-WT297
46 Zabahari Bin Buyong-9W2SZB
47 Khairul Anuar Bin Mohamed-9W2KBM
48 Zuraimi Bin Mohamad Don-SC3MP
49 Yusuf b Md Abdul Gani-9W2YKK
50 noor azman b. mohamad noor-9W2CFC
51 Noor Azrul Bin Mohd Noor-9W2AJY
52 Shahrizal Bin Abdul Aziz-9W2SHR
53 Mohd Haizail bin Zainal Abidin-9W2HZM
54 Abdul Halim Bin Hj Hashim-9W2HLM
55 Aswadinorman Safeie-9W2TBCT
56 Mohamad Faizul Abd Samad-9W2TOM
57 Abd Rasid Ahmad Sidek-9W2YR
58 Hishamuddin Bin Abdullah-9W2POK
59 Mohd Husni B Masri-9W2DIV
60 Noorhamidi Ali-PRMDP
61 Mohamad Fairulnizam Bin Hj Mohamad Hassan-9W2CPV
62 Abd Rahaman Hamid-9W2MES
63 Zamri bin Ahmad-9W2LKB
64 Khalid Bin Man-9W2BZT
65 Mohd Rodzi Bin Abd Razak-9W2GTT
66 Ahmad Zuwairi b Ab Aziz-9W2ZUW
67 Mohd Khalil Mat Piah-9W2TDO
68 Md Nasir B.Omar-PRPNO
69 Abd Rahim Hamid-PRPT
70 Mohd Azly B. Md Jais-PRLP
71 Hamizan B.Abu Samah-PRZAC
72 Mohamad Sani Husin-9W2SNI
73 Wan Najmuddin-9W2VIP
74 Muhammad Nor Aizat bin Abd. Rahim-9W2PGN
75 Mohd Rizal bin Mahmud-9W2RZL
76 Mariani binti Hamat-9W2RZQ
77 W.Mohd Azharuddin Bin W.Mathshor-9W2WMA
78 Mohamad Khairulzan Bin Mohamad-SWL Khairul
79 Ali Afandi Arifin-9W2ALI
80 Roslan Waimin-9M6LAN
81 Iskandar Zulkarnain- 9W2JIZ
82 Tuan Mohd Badri B Tuan Ismail-9W2BRD
83 Abdul Jalil Abdul Samad-9W2ASC
84 Siti Aishah Hashim -9W2SXC
85 Mohd Hisyam B Abd Gani - 9W2MHG
86 Amma Rul Azmi Bin Anuar - SWL Ama
87 Shaha Azuan Bin Jamain- 9W2SZA
88 Mohamad Hanafi Bin Mohamad-9W2HJB
89 Ahmad Hasnan Hassan-9W2NEN
90 Ramli Bin Che Mat-SWAL Rem
91 Asrin Azizul Bin Adam Sakeri-9W2CRN

Tahniah...

Wednesday, January 28, 2009

Pengenalan Kepada Koperasi

Pendahuluan
Tempat ini mengandungi keterangan yang patut anda ketahui mengenai konsep falsafah dan amalan koperasi. Konsep koperasi ialah menolong diri sendiri dengan cara bekerja bersama-sama untuk faedah dan kebaikan bersama. Perkara yang menarik dan menjadi tunggak dalam kaedah mengurus kegiatan ekonomi dalam konsep bergotong royong ini ialah semangat yang melibatkan keanggotaan secara sukarela, bertolong-tolongan secara jujur dan ikhlas, bersatupadu, hormat menghormati antara satu sama lain dan berdikari.

Apakah dia koperasi?
Koperasi ialah satu pertubuhan berdaftar yang didaftarkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi dengan tujuan untuk meningkatkan taraf kedudukan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Apakah ciri-ciri koperasi yang patut anda tahu?
A) Koperasi bukannya pertubuhan politik. Anggota-anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik.
B) Koperasi bukannya Kesatuan Sekerja(Trade Union). Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan.
C) Koperasi bukannya badan kebajikan.
D) Koperasi bukan syarikat persendirian/swasta.

Apakah faedah koperasi kepada anda?
Koperasi menggalakkan semangat bantu membantu, berkerjasama dan mendidik anggota disamping membentuk masyarakat yang berguna:
A) Melalui koperasi anda boleh berjimat menyimpan wang untuk digunakan apabila diperlukan. Menyimpan wang secara bersendirian didapati lemah dan apabila wang yang dikumpulkan hendak digunakan mungkin tidak mencukupi untuk keperluan anda. Melalui koperasi anda boleh mendapatkan kemudahan membayar yuran melalui potongan gaji setiap bulan. Apabila anda memerlukan wang dalam jumlah yang tertentu seperti bagi tujuan perbelanjaan sekolah anak anda, anda telah mendapat kemudahan pinjaman yang telah dikumpulkan oleh anggota-anggota yang lain di dalam koperasi. Anda boleh mendapat kemudahan pinjaman, walaupun modal yang anda keluarkan terhad, kerana koperasi berfungsi menolong antara satu sama lain.

B) Anda membeli barang A dengan harga RM3.50 yang kos belian hanya RM3.20. Nilai keuntungan 30 sen adalah menjadi milik anda bersama dalam koperasi. Koperasi akan mengagihkan keuntungan itu yang dipanggil rebat kepada anggota-anggotanya mengikut jumlah langganan. Semakin banyak seseorang anggota berbelanja dengan koperasinya, semakin besar nilai rebat ang diperolehinya.
Yang pentingnya anda sebagai anggota berhak menentukan mutu dan jenis barangan yang dijual oleh koperasi sesuai dengan harga yang anda bayar. Ini kerana pada masa yang sama anda adalah pelanggan dan tuan punya organisasi tersebut.

C) Angota-anggota mungkin menghadapi masalah penjagan anak atau memerlukan khidmat ekonomi atau sosial yang lain. Koperasi boleh menyediakan khidmat tersebut melalui aktiviti pusat penjagaan anak-anak, khidmat dobi, perniagaan kantin dan lain-lain lagi.

Tuesday, January 27, 2009

Latest Registered Members

Berikut adalah senarai terkini rakan-rakan yang telah berdaftar melalui online.

1 Hairul Bin Md Derus-9W2YZF
2 Mohamad Hamizi Bin Mohamed Ariffin-9W2ZEY
3 Saiedin Bin Mohamed Bakri-9W2TWH
4 W Shahrir Ismail -9W2XCO
5 Mohd Adha bin Hamzah-9W2ADH
6 Hasan Chan Abdullah-9W2CCW
7 Yusman Bin Yahya-9W2YBY
8 Mohd Mazru B Abdul Majid-9W2MZR
9 Aiznin Sairi bin Sulaiman-9W2SBS
10 Mohd Firdaus Elis Abd Majid-9W2FRD
11 Nurul Azlan Bin Sahat-9W2REO
13 Zaharah Binti Ahmad-9W2KLG
15 Muhamad Shafid bin Muhamad Shukor-SWL PET
16 Mohazzam Bin Mohamad-9W2OZM
17 Rudy Eruwan Jamain-9W2REJ
18 Khamizah bt Kamarudin-9W2MEZ
19 Suhaimi jalal-9W2CBA
20 Mohd Razi Bin Masduki-SWL Razi
21 Mohd azaini sham mohd ali-9W2BPT
22 Rosli Bin Samat-9W2MYV
23 Mohamad roslan bin mohamad amin-9W2SMR
24 Fadzil Bin Hussain-9W2FZ
25 Mohd Sahid bin Misian-9W2SMX
27 Amry Bin Amudi-9W2RIE
28 Hilmi iskandar bin hosnodin-9W2IZZ
29 Zamri B. Awa-9W2ZAM
30 Aziran Abdul Majid-9W2AZX
31 Noor Risham bin Md. Arus-9W2JSM
32 Rafidah Binti Muhammed-9W2JSJ
33 Mohd Fadzlullah b taifor-9W2KMT
34 Rahim Azli Bihiro Ellayali-SWL RAZ
35 Farudin Bin Mohd Amin-9W2FAS
36 Hussin Hj Ahmad-9W2CYN
37 Ahmad Janius Abdullah-9W2MMJ
38 Hisyamudin Bin Roslan-9W2YAM
39 Ahmad Pauzi Bin Abd Hamid-9W2APH
40 Abdullah bin Ibrahim-9W2ADO
41 Yusuf@Bob Latip-9W2SUE
42 zahidi hj.zakaria-PRPOW
43 Mohd Ekram Rudaini B. Haron-9W2DME
44 Tuan Harun Bin Tuan Yahya-9W2STH
45 Ridzaludin Bin Abd.Wahid-WT297
46 Zabahari Bin Buyong-9W2SZB
47 Khairul Anuar Bin Mohamed-9W2KBM
48 Zuraimi Bin Mohamad Don-SC3MP
49 Yusuf b Md Abdul Gani-9W2YKK
50 noor azman b. mohamad noor-9W2CFC
51 Noor Azrul Bin Mohd Noor-9W2AJY
52 Shahrizal Bin Abdul Aziz-9W2SHR
53 Mohd Haizail bin Zainal Abidin-9W2HZM
54 Abdul Halim Bin Hj Hashim-9W2HLM
55 Aswadinorman Safeie-9W2TBCT
56 9W2TOM

Problem to register?

Rakan-rakan semua saya telah menerima komplen akan borang online yang disediakan di blog Kramat kadang-kala menghadapi masalah untuk berfungsi.
Setelah diteliti tidak ada masalah, namun saya mengesyaki rakan-rakan yang menghadapi masalah adalah rakan-rakan yang menggunakan Internet Explorer.
Oleh itu saya mencadangkan mana-mana rakan yang ngin mendaftar untuk menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser...73.

Friday, January 23, 2009

Meeting AJK Penaja 23-1-2009

Meeting AJK Penaja Yang Pertama telah diadakan pada 23-1-2009 di Bukit Puchong. Antara yang hadir adalah 9w2rej,9w2bct,9w2tdo,9w2klg,9w2jsj,9w2mez,9w2oos,PRSMP,PREMI,PRRAZ. 9W2YR,9W2CYN dan PRPNO tidak dapat menghadirkan diri pada malam berkenaan.
Mesyuarat bermula jam 10mlm dan berakhir jam 2 pagi.
Banyak topik dibincangkan dan kami semua sungguh bersemangat menubuhkan koperasi ini.
Banyak idea di bincangkan dan dibahaskan.
Terima kasih kepada yang sudi hadir dan sama-sama kita jayakan matlamat murni ini.
Meeting seterusnya adalah pada 27-1-2009, masa dan tempat yang sama di bukit puchong.




Thursday, January 22, 2009

Senarai Ahli Koperasi Terkini.

Berikut adalah senarai terkini yang mendaftar sebagai ahli koperasi melalui online setakat semalam Khamis, 22 Jan 2009. Senarai ini tidak termasuk pendaftaran lain-lain yang masih belum dikemas kini.

1 Hairul Bin Md Derus-9W2YZF
2 Mohamad Hamizi Bin Mohamed Ariffin-9W2ZEY
3 Saiedin Bin Mohamed Bakri-9W2TWH
4 W Shahrir Ismail -9W2XCO
5 Mohd Adha bin Hamzah-9W2ADH
6 Hasan Chan Abdullah-9W2CCW
7 Yusman Bin Yahya-9W2YBY
8 Mohd Mazru B Abdul Majid-9W2MZR
9 Aiznin Sairi bin Sulaiman-9W2SBS
10 Mohd Firdaus Elis Abd Majid-9W2FRD
11 Nurul Azlan Bin Sahat-9W2REO
12 Jamarun Bin Mahusin-SWL BDG
13 Zaharah Binti Ahmad-9W2KLG
14 Mohd Khalil Bin Mat Piah-9W2TDO
15 Muhamad Shafid bin Muhamad Shukor-SWL PET
16 Mohazzam Bin Mohamad-9W2OZM
17 Rudy Eruwan Jamain-9W2REJ
18 Khamizah bt Kamarudin-9W2MEZ
19 Suhaimi jalal-9W2CBA
20 Mohd Razi Bin Masduki-SWL Razi
21 Mohd azaini sham mohd ali-9W2BPT
22 Rosli Bin Samat-9W2MYV
23 Mohamad roslan bin mohamad amin-9W2SMR
24 Fadzil Bin Hussain-9W2FZ
25 Mohd Sahid bin Misian-9W2SMX
26 Mohd Rohim Bn Maskor-9W2SLL
27 Amry Bin Amudi-9W2RIE
28 Hilmi iskandar bin hosnodin-9W2IZZ
29 Zamri B. Awa-9W6ZAM
30 Aziran Abdul Majid-9W2AZX
31 Noor Risham bin Md. Arus-9W2JSM
32 Rafidah Binti Muhammed-9W2JSJ
33 Mohd Fadzlullah b taifor-9W2KMT
34 Rahim Azli Bihiro Ellayali-SWL RAZ
35 Farudin Bin Mohd Amin-9W2FAS

Rakan-rakan yang belum mendaftar silakan mendaftar melalui borang online di blog ini. Jika anda sudah mendaftar tetapi nama tidak tersenarai sila maklumkan kepada saya di talian 0123050205 (sms nama,alamat,ic,dan emel) atau isi semula borang online..73

Penubuhan Koperasi Di Luluskan SKM

Hi..semua rakan-rakan berita gembira untuk anda semua. Pagi tadi bersamaan Khamis saya telah mengambil surat kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Shah Alam.
Koperasi yang ditubuhkan telah diluluskan bersama-sama dengan nama Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad . Koperasi ini telah mendapat kelulusan untuk mempunyai ahli di seluruh Malaysia.
Ini adalah satu berita gembira untuk semua rakan-rakan yang menyokong penubuhan koperasi berkenaan.
Pihak penaja akan mengadakan satu mesyuarat untuk menetapkan satu tarikh bagi mengadakan satu Mesyuarat Agung Permulaan. Mesyuarat ini akan memilih Ahli-ahli Lembaga Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad yang akan bertanggungjawab merangka dan menjalankan koperasi berkenaan.
Semua ahli yang berminat adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung berkenaan seramai yang mungkin.
Sekian.

Thursday, January 15, 2009

Pendaftaran Ahli terawal...

Setakat hari ini Jumaat Pendaftaran Online kita telah menerima lebih 30 pendaftaran. Ini tidak termasuk pendaftaran di kertas yang disimpan oleh rakan-rakan AJK Penaja yang lain.
Sambutan sangat menggalakkan dan semoga akan lebih ramai lagi terus mendaftar melalui online ini.
Pendaftaran online ini amat penting untuk kita mengumpulkan database ahli terawal. Database ini akan digunakan untuk memanggil ahli-ahli yang berdaftar untuk menghadiri Mesyuarat Agung yang Pertama kali nanti.
Semoga rakan-rakan boleh turut membantu kami dengan menyebarkan informasi ini melalui:-

1) Link kan blog ini didalam blog atau website anda
2) Membuat borang online di blog atau website anda(Sila emel ke omnisystem@gmail.com untuk mendapatkan script borang online ini )
3) Menghantar emel kepada rakan-rakan untuk mendaftar sebagai ahli Koperasi Radio Amatur.

..73

Terkini dan masih panas.

Hi untuk informasi borang pendaftaran koperasi radio amatur telah pun di hantar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pegawai yang menyambut begitu baik sekali dan very helpful.
Jadi rakan-rakan semua semoga pendaftaran ini akan lancar dan mendapat kelulusan pihak SKM secepat mungkin. Sama-sama kita doakan.
..73

Friday, January 9, 2009

Breifing Koguma





10-1-2009, satu breifing dan sesi soal jawab telah diadakan di Koperasi Guru Malaysia. Beberapa ahli radio ham telah menghadiri sesi berkenaan. Briefiing oleh Cikgu Zul dari Koguma begitu bernilai dan kami semua sangat bersemangat untuk sama-sama menubuhkan Koperasi Radio Amatur ini.
Sesi briefing ini diadakan untuk menilai relevan penubuhan koperasi, cara mendaftarkan koperasi, peluang perniagaan koperasi dan juga benefit kepada ahli yang menyertai koperasi.
Terlalu banyak faedah kepada ahli-ahli yang menyertai koperasi yang bakal ditubuhkan ini. Suatu mesyuaat agung akan diadakan bagi memilih ahli lembaga koperasi dan juga membincangkan undang-undang kecil koperasi. Tarikh, masa dan tempat akan diberitahu kelak.
Pada masa ini kami sangat berharap mengumpulkan seramai mungkin ahli untuk sama-sama mendaftar sebagai ahli koperasi diperingkat awal.

Wednesday, January 7, 2009

Taklimat dan Briefing Koperasi Radio Amatur oleh KGMB

Pada 26 Disember 2008 sekumpulan rakan radio ham telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah koperasi radio amatur.
Oleh itu sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan bagi menyediakan sebanyak mungkin persediaan bagi mendaftarkan koperasi berkenaan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Koperasi ini telah digelarkan Koperasi Kramat( Koperasi Radio Amatur Malaysia). Buat sementara waktu koperasi ini telah beroperasi di no 22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Koperasi Kramat ini dibuka keahliannya untuk semua rakan radio amatur sama ada pemegang lesen class A, Class B, SWL atau rakan radio komersil.
Bagi merealisasikan idea ini maka tidak mustahil banyak cabaran dan kekangan perlu di lalui untuk mencapai matlamat yang murni berkenaan.
Untuk itu maka pihak jawatankuasa penaja telah menganjurkan satu sessi soal jawab dan briefing bersama-sama dengan pihak KGMB (Koperasi Guru Malaysia Berhad). Tujuan sessi ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan pengalaman dengan pihak KGMB.
Sessi berkenaan adalah seperti berikut:-

Tempat : No 88-3,Wisma KGMB ,
Jln Dato Haji Eusoff, Komplek Damai , 50400 Kuala Lumpur.
Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi

Semua pihak dijemput hadir untuk memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman