Tuesday, February 24, 2009

Struktur Saham Koperasi

Setelah beberapa kali bermesyuarat maka struktur yuran dan saham berikut telahpun dipersetujui untuk dicadangkan sebagai Yuran dan Saham Kramat iaitu:-

Yuran Masuk : RM20(sekali bayar)
Saham Minimum : RM100
Yuran Bulanan : RM10(RM10 x 12 bulan)
Simpanan Khas : RM10(minimum)
Khairat kematian : RM10(setahun)

Jumlah bayaran Bagi Tahun 2009 adalah RM20+RM100+RM100+RM10+RM10= RM240. Bagi tahun 2009 Yuran Bulanan dikira 10 bulan sahaja bukannya 12 bulan.

Manakala bermula tahun 2010 ahli yang sudah mendaftar tidak perlu lagi membayar Yuran masuk (RM20) sebaliknya hanya membayar Yuran Bulanan (RM10x12 bulan=RM120) dan Khairat Kematian RM10. Ini bermakna Bayaran Tahun Kedua dan tahun-tahun berikutnya adalah RM130 sahaja selama mana ahli menjadi ahli koperasi Kramat.

Untuk pengetahuan:-

a)Saham minimum adalah RM100 sahaja. Tiada bayaran ansuran untuk saham ini.
b)Yuran Bulanan RM10/bulan diberi kelonggaran untuk dibayar 2 kali setahun iaitu Bulan January dan Bulan June setiap tahun. Ini bermakna sejumlah RM60 bagi 6 bulan pertama dan RM60 lagi bagi 6 bulan kedua.
c)Simpanan Khas adalah RM10 minimum.
d)Semua saham, yuran bulanan, dan simpanan khas ini akan dibayar dividen oleh Koperasi Kramat berdasarkan pengiraan setiap tahun.

Pada tarikh 8-3-2009 pihak Koperasi akan membuka kaunter bayaran seawal jam 12.30 tengahhari.Bayaran boleh dijelaskan kepada koperasi sama ada melalui cash atau kad kredit. Bagaimanapun pada 8-3-2009 hanya Yuran Masuk sebanyak RM20 sahaja yang akan dikutip. 70 ahli pertama yang mendaftar dan membayar Yuran Masuk RM20 akan menerima sebuah buku/diari PERCUMA.

Bonus!!
Pihak Koperasi Kramat juga berbesar hati mengumumkan iaitu 50 ahli pertama yang membuat bayaran penuh iaitu sebanyak RM240 bagi tahun 2009 berkenaan akan menerima sehelai T-Shirt PERCUMA.. Bagaimanapun bayaran RM240 hanya akan dikutip pada satu tarikh selepas tarikh MAP 8-3-2009 berkenaan.

Harap maklum.

5 comments:

  1. Jika saya tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut, bagaimana untuk saya membuat bayaran yuran dan lain-lain bayaran?

    ReplyDelete
  2. kalau tak dapat hadir boleh bayar terus kepada koperasi kramat. Sila rujuk address kramat dan boleh hubungi kramat di 0380623370. Mcm manapun kena isi borang keahlian terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  3. bang, kalau student mcm saya ni, rasanya dengan scholarship tak mampu nk afford yuran tu bang, cmne ye?

    ReplyDelete
  4. anonymous.. untuk pengetahuan yuran ini merupakan antara yuran koperasi terendah dalam pasaran. Kami telah memperkenalkan kaedah bayaran 2 kali setahun untuk meringankan beban ahli koperasi.

    ReplyDelete
  5. Kita pun student gak... tapi kita dapat loan aje.. bukan scholership... tapi rasanya boleh diusahakan RM240.00 tu... setahun kan bang Rudy... bukan bulanan... Student skang ni... henpon pun boleh beli cicah ribu-ribuan.... hehehe

    ReplyDelete