Thursday, July 23, 2009

Pembelian Secara Ansuran

Pihak Koperasi Kramat didalam perancangan untuk menyediakan pelan pembayaran ansuran untuk produk-produk jualan koperasi seperti Radio set. Tujuan pelan ini adalah untuk memudahkan ahli membeli produk radio amatur secara lebih mudah. Selain itu terdapat juga peralatan radio seperti set HF yang agak mahal dan ada sesetengah ahli kurang berkemampuan untuk membelinya.
Pelan ansuran yang dirancang dijangka akan membuatkan permintaan terhadap produk radio amatur akan meningkat dengan mendadak.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum mana-mana ahli koperasi layak menikmati pelan berkenaan, antaranya adalah:-

Tempoh keahlian yang tertentu didalam koperasi. Ahli yang layak adalah ahli yang sudah melabur dan mendaftar didalam suatu jangka masa yang ditetapkan. Ini adalah untuk memberi ruang hanya ahli yang benar-benar serius didalam koperasi sahaja mendapat peluang berkenaan.

Pembayaran yuran bulanan atau yuran khas akan diperkenalkan suatu masa nanti. Mana-mana koperasi sebelum memberi pinjaman biasanya akan membuat kutipan yuran bulanan berkenaan. Ini bagi menampung pusingan modal koperasi berkenaan


Itu adalah antara beberapa jenis kelayakan yang biasanya diperkenalkan. Oleh itu mana-mana peminat radio amatur yang mempunyai niat untuk membeli secara ansuran dan masih belum menjadi ahli Kramat agar dapat demikian secepat mungkin.



Setiausaha Koperasi,



9W2REJ

Tuesday, July 21, 2009

Training Yaesu

Satu training product oleh Yaesu akan diadakan pada Jumaat 24 July 2009 ini, jam 2.00 petang di Petaling Jaya. Mana-mana ahli Kramat yang berdaftar boleh hantar SMS kepada 012-3050 205(9W2REJ) untuk mendaftar bagi sessi training berkenaan.Cepat-cepat bukan senang nak dapat peluang training macam ini.


Rudy
Setiausaha Kramat

Wednesday, July 15, 2009

Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad Sudah Didaftarkan

Untuk makluman semua ahli Kramat pihak SKM telahpun mengeluarkan sijil rasmi pendaftaran Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad. Sijil ini bernombor Bil.Daftar: B-6-0679.
Maka secara rasmi juga Koperasi Kramat ini boleh memulakan sebarang aktiviti perniagaannya.
Ini juga bermakna pihak Kramat akan membuka satu akaun bank bagi memudahkan urusan kutipan saham ahli dan juga sebarang urusniaga.
Didalam masa terdekat pihak Koperasi akan mengadakan satu mesyuarat ALK bagi meneruskan aktiviti koperasi yang telah dirancang selama ini.

Tuesday, July 14, 2009

Yaesu Visit Kramat

15 July 2009, lebih kurang jam 10.00 pagi kami menerima kunjungan rombongan seramai 7 orang dari Yaesu atau Lebih dikenali dengan Vertex ke pejabat Kramat di Bukit Puchong. Pada pagi ini juga Kramat telah diwakili oleh 9W2REJ, 9W2XMP, 9W2POK, 9W2BCT dan 9W2DNO ( ALK Kramat). Selain itu Pengurus Astra tengah 9W2RES turut hadir sama bersama-sama dengan 9W2MFF dan SWL BTK.
9W2REJ telah memulakan mesyuarat pada pagi berkenaan dengan memberikan briefing berkenaan Kramat dan radio amatur di Malaysia untuk pengetahuan hadirin.
Vertex yang diwakili oleh Pengurus Export Mr Yoshihiro dan Pengarah Vertex Hong Kong, Mr Masahiro.
Mesyuarat ini bertujuan menjalinkan kerjasama antara Kramat dan Vertex bagi menjual produk-produck radio amatur Yaesu. Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang Kramat bakal menjadi agen jualan tunggal produk Yaesu di Malaysia. Produk Yaesu yang dijual akan mempunyai kelebihan berikut:-

1) Produk with AP
2) Produk with SIRIM
3) Produk with Warranty

Semua benefit diatas ini bakal memberikan peluang kepada semua peminat radio amatur untuk membeli produk radio secara lebih mudah, mengikut prosedur dan memudahkan penyelenggaraan dengan warranty yang diberikan.

Kramat bakal mengadakan satu Majlis MOU dan juga seminar bersama Vertex, MCMC dan SIRIM. Nantikan ketibaannya.

9W2REJ sedang memberi taklimat



9W2BCT, 9W2DNO dan BTK sedang khusyuk mendengar taklimat


Mr Lee, Mr Masahiro, Mr Yoshihiro, Mr Simon


9W2XMP sedang berbincang dengan 9W2GY


Sarapan pagi pulut panggan, pulut manis cukup menyelerakan..ala-ala sushi gitu


MOU yang bakal menjadi sejarah kepada Radio Amatur Malaysia


Syabas Kramat!!

Saturday, July 11, 2009

Kramat Yang Terkini

Mungkin ahli-ahli Kramat bertanya apakah status dan perkembangan terkini Koperasi Kramat.
Sebagai jawapan Kramat adalah diperingkat akhir pendaftaran dengan pihak SKM Malaysia. Sebagaimana yang diketahui proses menubuhkan sebuah koperasi akan melalui beberapa tahap iaitu tahap awal(penghantaran borang permohonan menubuhkan koperasi, manakala ditahap pertengahan adalah tahap mengadakan MAP yang pertama. Selepas MAP dalam masa 14 hari semua dokumen perlu dihantar ke SKM.
Ditahap seterusnya adalah tahap penilaian Undang-undang Kecil dan penilaian koperasi. Selepas tahap penilaian ini adalah tahap akhir iaitu tahap pengeluaran nombor pendaftaran dan sijil.
Untuk makluman kini kramat adalah ditahap akhir iaitu menunggu sijil di keluarkan. Selepas semua ini selesai Kramat sudah boleh memulakan sebarang aktiviti perniagaan bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama-sama dengan ahli koperasi kramat.
Sebelum ini mungkin Kramat sekadar mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan sahaja, dimana aktiviti perniagaan Kramat belum diketengahkan. Tunggu sahaja wahai rakan-rakan semua.
Dengan RM200 sebagai pelaburan asas tidakkah anda terfikir untuk memiliki sebahagian dari saham koperasi ini??
Dimana dengan hanya RM200 anda hanya perlu melabur sekali sahaja dan anda berpeluang menikmati dividen selama-lamanya ..sepanjang anda bersama dengan koperasi.
Ketika semua orang atau komuniti lain memiliki koperasi sendiri tidakkah kita sebagai peminat radio amatur ingin memiliki koperasi kita sendiri.
Persoalan sama ada ini yang pertama didunia bukanlah perkaranya tetapi, jika benar ini memang yang pertama kenapakah anda tidak mengambil peluang ini untuk memiliki sesuatu yang pertama didunia. Fikirkanlah...

Wednesday, July 8, 2009

Mesyuarat dengan Yaesu

Pihak Kramat akan mengadakan satu mesyuarat dengan pihak Yaesu pada 15 July 2009. Mesyuarat akan diadakan pada jam 10 pagi. Tujuan Mesyuarat ini adalah membincangkan akan kemungkinan pihak Yaesu melantik Kramat sebagai agen tunggal penjualan, pemasaran dan servis untuk produk radio amatur Yaesu.
Mesyuarat ini akan diwakili oleh ALK Kramat dan dari pihak Yaesu adalah Pengurus Jualan Yaesu yang diterbangkan khas dari Jepun seramai 2 orang.
Semua ALK Kramat diminta hadir untuk bersama-sama didalam mesyuarat ini.
Sama-sama kita doakan kejayaan untuk Kramat untuk dilantik sebagai agen tunggal produk radio amatur Yaesu.
Kramat mejangkakan tahun kedua dan ketiga operasi Kramat penjualan produk secara bayaran ansuran akan merancakkan lagi jualan Koperasi Kramat. Sama-sama kita tunggu