Sunday, January 10, 2010

Notis Menjelaskan Bayaran Saham Koperasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Merujuk kepada perkara diatas pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad memohon kerjasama kepada semua ahli koperasi untuk menjelaskan saham koperasi yang masih belum di jelaskan pembayarannya.

Notis peringatan ini untuk mana-mana ahli yang sudahpun mendaftar dan membayar Fi RM20 atau membayar sebahagian saham supaya menjelaskan baki yang tertunggak.

Bayaran boleh dibuat sebelum penghujung bulan Februari 2010 memandangkan Mesyuarat Agung Perwakilan yang mungkin akan diadakan pada suku pertama tahun 2010 ini. Untuk pembayaran boleh berhubung terus dengan bendahari 9W2JSJ di talian 012-2972307.

Sekian terima kasih.



Yang menjalankan amanah,



Setiausaha Koperasi
Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad