Tuesday, June 30, 2009

Revision RAE SK Puchong Utama 2

Ni gambor-gambor yang baru dapat semasa revision RAE di SK Puchong Utama 2 pada 20 Jun 2009 baru-baru ni..












Thursday, June 18, 2009

Map dan GPS Coordinate ke Lokasi Kelas Revision RAE

Lokasi ke Kelas Persediaan RAE
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, kalau guna GPS ni dia coordinatenya(N 02 58.917 E101 36.803)

Kalau tanpa GPS sila guna map dibawah ni..

Wednesday, June 17, 2009

Senarai Pelajar Kelas Ulangkaji RAE 20 Jun 2009 SK Puchong Utama 2

Berikut adalah senarai terkini pelajar bagi kelas ulangkaji RAE. Pendaftaran masih dibuka. Sila register sekarang.

1. Collin Abel Nathan
2. Hassan Basri Bin Che Ros
3. Mohd Faizul Bin Mohd Majid
4. Norhayati Binti mohd Yassin
5. Razmani Bin Abdul Rahim
6. Razuki Bin Ibrahim
7. Zawahir Mohd Wazir
8. Johan Budiman Abdullah
9. Noor Rafidah Abu Hassan
10. Badrulhisyam Mohd Bahrom
11. Ishar Ismail
12. Junhairi Alysa
13. Mohd Hafizal Bin Ahmad
14. Mohamed Shaheen Ayub

Monday, June 15, 2009

Kelas Ulangkaji Soalan-soalan RAE

Satu kelas ulangkaji soalan-soalan RAE akan diadakan seperti berikut.

Kelas Ulangkaji Soalan-soalan RAE
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat :Sek Keb Puchong Utama 2, Puchong
Bayaran :RM10
Tempat terhad. Daftar sekarang dengan menaip RAE_Nama penuh_No IC dan SEND ke 012-3050 205 ( 9W2REJ )

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang akan mengikuti Peperiksaan RAE.

Thursday, June 11, 2009

KPDN Dan HEP Kini Dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

KPDN Dan HEP Kini Dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

KUANTAN, 11 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaaan telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinet pada mesyuarat jemaah menteri semalam.

"Perubahan nama kementerian itu berkuatkuasa serta merta (semalam) dan kita dalam proses untuk menggunakan logo baru kementerian, satu pertandingan mencipta logo kementerian akan diadakan dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) peringkat negeri Pahang di sini, Khamis.

Beliau berkata perubahan nama kementeriannya itu berikutan beberapa agensi berkaitan koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan kini di bawah kementeriannya.

"Berikutan kementerian itu (Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dimansuhkan, beberapa agensi di bawah portfolio kementerian sebelum ini dipindahkan ke kementerian ini, manakala yang berkaitan Pembangunan Usahawan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.

Agensi di bawah kementerian sebelum ini yang diletakkan di bawah kementerian itu ialah Perbadanan Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) serta pembangunan berkaitan francais dan vendor.

berita penuh disini

Wednesday, June 10, 2009

6 Jun 2009, Eyeball ASTRA Utara, Timur, Tengah dan Kramat

6 Jun 2009 Kramat telah menyambut ketibaan 200 rombongan muhibbah ASTRA Utara dan ASTRA Timur di Sek Keb Puchong Utama 2.

Pada 6 Jun 2009, lebih kurang jam 3petang kami telah menyambut kehadiran tidak kurang 200 tetamu dari ASTRA Utara dan ASTRA Pantai Timur. Para rombongan ini telah disambut oleh group marshall dari WPC yang diketuai oleh Presiden WPC(9W2WAS) dan Wilayah 17, dimana WPC menyambut ASTRA Utara di Sg Buloh, dan Wilayah 17 menyambut di Tol Gombak.
Boleh dikatakan eyeball yang mengumpulkan semua rakan ASTRA dan Kramat ini begitu meriah sekali.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu. Bagi pihak pelawat pula segala kekurangan kami disini memohon ampun dan maaf.
Terima kasih kepada 9W2KDK,9W2MEZ,9W2POK,9W2TDO,9W2KLG,9W2NET(semua ALK Kramat) dan 9W2RES(Pak Tam, pengurus Astra Tengah), 9W2DMA(Datuk Roslan, Timbalan Pengurus), 9W2CYN(setiausaha Astra Tengah)kerana sudi bersama-sama rakan-rakan tengah memeriahkan dan membantu dalam majlis ini.
Juga terima kasih kepada 9W2HLM,9W2DMG yang mewakili ASTRA Utara dan 9W2DTS dan 9W2WCL bagi mewakili ASTRA Timur.


dipetik dari 9w2rej.blogspot.com

Briefing Kramat oleh 9W2REJ


ALK Kramat 9W2KDK dan 9W2TDO bertukar cendramata dengan ASTRA Utara


Pameran dan Jualan Barangan Oleh Kramat


9W2REJ dan 9W2DTS, Pak Shukri bertukar cendramata bagi pihak Kramat dan ASTRA Timur masing-masing

Wednesday, June 3, 2009

Kelas Kemahiran Radio Amatur 30 dan 31 Mei

Baru-baru ni pihak Kramat telah menganjurkan Kursus Kemahiran Radio Amatur untuk julung-julung kalinya. Alhamdulillah kursus yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan untuk kali pertama diadakan.
Kursus 2 hari ini telah meliputi perkara-perkara berikut iaitu:-

Day 1
-Electronic 1
-Electronic 2
-Electronic 3

Lecturer-9W2TTC, En Mansur ( 30 years in electronic)
-Receiver
-Tranmitter
-Antenna

Lecturer-9M2RI, Alex ( since 1961 in amateur radio)

Day 2
Cabling,Grounding,Antenna Workshop
Lecturer-9W2NUR(Electrical Engineer), 9W2XMP(Electronic Engineer,ALK Kramat)

-SOP and Guidelines
Lecturer-9W2BBA, En Bujang

-Propogation
-Transmission Line

Lecturer-9M2RI, Alex ( since 1961 in amateur radio)

Peserta mendaftarkan diri.


peserta dan 9W2TTC


9M2RI-Alex or Iskandar


Alex sedang menerangkan konsep antenna dan wave


Model antenna ini menyerlahkan minat dan kepakaran beliau yang begitu mendalam


Workshop-latihan praktikal oleh 9W2NUR dan 9W2XMP


9W2XMP-EnZaimi mengajar teknik soldering yang betul. Beliau juga salah seorang ALK Kramat


Mr Jason dan Mr Ivan antara pelajar yang aktif mencuba didalam workshop


lain-lain photo

Sesungguhnya ini adalah julung-julungnya Kramat menganjurkan kelas seumpama ini dan Kramat telah memberikan yang terbaik untuk para pelajarnya bukan sahaja pengetahuan radio amatur tetapi juga pendedahan serta penambahan minat terhdap hobi yang amat berguna dan berfaedah ini.

Jumpa kami dalam kelas-kelas yang akan datang iaitu kelas kemahiran radio amatur 2,3 dan seterusnya.

Monday, June 1, 2009

Undi Ahli Kramat berlakon..

Ada sorang ahli Kramat ni..SWL lagi..Handle shafid..callsign idaman PET. PET ni menyertai peraduan lakonan bersama aflin shauki.Kalau dapat undi banyak beliau bakal berlakon dalam file aflin shauki yang akan datang.. jom undi ramai-ramai..


Camana ada jugak bakat rakan kita ni kan?

Kalau mcm tu click disini untuk mengundi beliau..Undi Muhamad Shafid Bin Muhamad Shukor. Cari nama beliau dan click untuk undi beliau