Thursday, June 11, 2009

KPDN Dan HEP Kini Dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

KPDN Dan HEP Kini Dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

KUANTAN, 11 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaaan telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinet pada mesyuarat jemaah menteri semalam.

"Perubahan nama kementerian itu berkuatkuasa serta merta (semalam) dan kita dalam proses untuk menggunakan logo baru kementerian, satu pertandingan mencipta logo kementerian akan diadakan dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) peringkat negeri Pahang di sini, Khamis.

Beliau berkata perubahan nama kementeriannya itu berikutan beberapa agensi berkaitan koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan kini di bawah kementeriannya.

"Berikutan kementerian itu (Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dimansuhkan, beberapa agensi di bawah portfolio kementerian sebelum ini dipindahkan ke kementerian ini, manakala yang berkaitan Pembangunan Usahawan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.

Agensi di bawah kementerian sebelum ini yang diletakkan di bawah kementerian itu ialah Perbadanan Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) serta pembangunan berkaitan francais dan vendor.

berita penuh disini

No comments:

Post a Comment