Tuesday, May 26, 2009

Bantuan Warga Kramat Diperlukan

Marilah kita bersama-sama menjadi sukarelawan dan sukarelawati pada 30 dan 31 Mei 2009 di Bukit Jalil Minggu ini. Ini bersempena dengan Relay for Life oleh National Cancer Society of Malaysia NCSM.

Maklumat lanjut adalah:-

CANCER SOCIETY –RELAY FOR LIFE KL 2009 ON 30 MAY

The National Cancer Society of Malaysia NCSM will be having their third Relay for Life (RLF) on the 30 th May from 6 pm to 10 am 31 May at the MSN Training Stadium , Bukit Jalil. More info on : www.cancer.org.my open to public -all welcome.

United Amateur Radio members from many clubs have been supporting this event since the beginning. This event is growing in number every year , and NCSM needs our help to assist them.

We are looking for Amateur Radio volunteers from any Society / Clubs /individuals to help us jointly in providing communication for this event as part of our Amateur Radio community service and civil communication.

Can you help us as amateur radio communication volunteer during the peak period 5pm to 9 pm 30 May Saturday.?

If you want to be a volunteer email to 9w2axe@gmail.com or call me on my hand phone 019 2225724. Azhar 9W2AXE . you can find more info at website : www.uniarm.org Its an all night event, so we need all the volunteers we can get.

If you are not doing anything this Saturday do join us at bukit Jalil. Bring your family and friends join in as participants, eyeball with many fellow HAMs and the fun with all night entertainment on that day. You can register at the entrance.

Our duty will mainly be to provide communication in the relevent areas such as logistics,the medical units, F&B section, program coordination, secretariat and many more.

Looking forward to see at Relay for life 2009!

Please forward this email to other HAMs who might be interested to join in as volunteer or just come and have fun and be with fellow HAMs .

Azhar 9W2AXE

Kelas Kemahiran Radio Amatur

Ada lagi 5 tempat untuk Kelas RAE. Mana-mana rakan yang berminat boleh hubungi saya.
Pada kali ini Kramat turut memasukkan 2 workshop hands on iaitu untuk topik soldering and techniques, grounding, crimping tools, Rg58 and Connector, antenna design, how to make antenna, how to used SWR meter, multimeter and function in amateur radio, dan banyak lagi.
Workshop yang akan dikendalikan oleh elmer ini sudah tentu satu bentuk latihan praktikal yang dinanti-nantikan oleh semua peminat radio amatur selama ini.
Call me 0123050205 untuk 5 lagi tempat.Jumpa pada 30 dan 31 Mei di Universiti Malaya.

Monday, May 18, 2009

Mai Kopi Secawan..sedaapp!!

Isnin, 18 Mei 2009 aku dan shafid telah berkunjung ke sebuah kilang membuat kopi di Selangor. Tujuan lawatan ini adalah bagi meninjau peluang pelaburan didalam industri makanan untuk Koperasi Kramat. Lawatan yang bermula jam 3pm ini telah berlangsung selama 2 jam dan telah menemukan kami dengan 2 orang usahawan berjaya iaitu Tuan Haji Zahid dan En. Moin.
Pengalaman dalama bidang ini yag begitu meluas membolehkan beberapa jenama terkenal telahpun berada dipasaran.
Kami mengharapkan suatu masa nanti Koperasi Kramat akan menjalinkan kerjasama dengan Kilang ini untuk mengeluarkan kopi berjenama sendiri. Selain kopi banyak lagi produk lain yang bakal Koperasi Kramat boleh keluarkan iaitu sabun muka, sabun, minyak habbatus sauda, jus minuman, dan lain-lain. Rangkaian produk Koperasi ini yang pelbagai sudah tentu boleh menembusi pasaran Malaysia ini dengan mudah dengan kewujudan wakil jualan dari kalangan ahli koperasi sendiri yang berada di seluruh negara. Namun untuk menjadikan semua ini realiti segala bentuk perancangan perlu dikaji secara teliti, ditimbang secara bersama-sama ALK yang lain sebelum penghasilan produk dilakukan.
Perbincangan dengan Tuan Haji Zahid

lawatan bersama shafid ke kilang memproses

inilah kopi yang bakal Kramat akan bungkus dan edarkan ke seluruh Malaysia..kopi power..tongkat ali, habbatus sauda,ginko, dan mcm mcm lagi dalamnya..banyak khasiat.

para pekerja sedang membungkus kopi

nasihat dari kedua orang usahawan yang berjaya ini cukup bermakna dan memberikan semangat yang amat tinggi untuk kami memajukan koperasi ini.


Akhirnya..."Ini baru kopi power!!!"

Thursday, May 14, 2009

seminar radio amatur SKMM 1/2009

Satu seminar Radio Amatur telah dianjurkan oleh pihak SKMM pada 14 Mei 2009, Khamis semalam. Seminar yang dikhususkan untuk semua rakan-rakan SWAL ini bagi memberikan pendedahan awal berkenaan Radio Amatur.
Seminar ini telah diadakan di INTEKMA, UITM Shah Alam.
Semoga akan terus lebih banyak seminar yang berfaedah seperti ini akan dianjurkan oleh pihak SKMM. Beberapa barisan ALK turut menjenguk seminar ini bagi mengetahui lebih lanjut dan memberi sokongan kepada rakan-rakan radio ham, antaranya 9W2REJ,9W2YDP dan 9W2DNO


Wednesday, May 13, 2009

Senarai terkini Kursus Kemahiran Radio Amatur

Berikut adalah senarai terkini peserta yang akan mengikuti Kursus Kemahiran Radio amatur pada 30 dan 31 Mei 2009. Pendaftaran masih dibuka kepada mana-mana peserta yang berminat. Sila type RAE_Nama_IC Number dan SEND ke 0123050205 untuk pendaftaran.

1.M.Rizal
2.Zawahir Mohd Wazir
3.Rashdan Bin Ramli
4.Nor Affendi Abu Bakar
5.Muhamad Shafid Bin Shukor
6.Mohd Faizul Bin Mohd Majid
7.Razak
8.Yeo Cheng Kwan
9.Muhammad Nor Abdullah
10.Jamaludin Chik
11.Nahrul Afendy
12.Mohd Fazil Bin Ismail
13.Chee Hon Loong
14.Mohd Rizalman
15.Ishar Bin Ismail
16.Muhammad Fariz Bin Faidzul Adzhar
17.Hassan Basri Bin Che Ros
18.Shahabudin Hj. Pa Wan Teh
19.Muhamad Suwardy Bin Muhamad Rozali
20.Johan Budiman Abdullah
21.Razmani Bin Abdul Rahim
22.Liew Sze Haw
23.Tane Cheo Joo
24.Ng Eng Hooi
25.Razuki Bin Ibrahim

Tuesday, May 12, 2009

Pendaftaran Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Mungkin ramai ahli-ahli Kramat dan juga bakal-bakal ahli Kramat tertanya-tanya apa yang terkini tentang koperasi Kramat??
Untuk makluman semua dan juga terutamanya ahli-ahli koperasi Kramat proses pendaftaran Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad sedang memasuki stage yang final iaitu pendaftaran di peringkat Ibu Pejabat SKM Malaysia.
Proses pendaftaran koperasi yang sememangnya rumit ini telahpun melepasi proses pendaftaran di SKM Selangor.

Perkara ini bukanlah perkara baru. Bagi yang pernah terlibat dengan Koperasi pastinya menyedari akan keperluan mewujudkan sebuah entiti koperasi memerlukan usaha yang gigih dan semangat yang waja untuk berjaya. Koperasi yang sahamnya dimiliki oleh semua pencarum koperasi pastinya memerlukan ketelusan dan kejujuran bagi memastikan modal dan saham ahli dilaburkan secara bijak dan professional.

Kita tidak boleh menyamakan koperasi dengan syarikat Sdn.Bhd atau Milik Tunggal dimana proses pendaftaran adalah tidak rumit kerana saham dimiliki oleh beberapa pemegang saham sahaja. Namun koperasi dimiliki oleh ramai..ratusan malahan ribuan ahli jadi hak sama rata dan keputusan bersama memerlukan sebuah entiti yang telus.

Ditambah pula koperasi ini bakal beroperasi diseluruh Malaysia maka pihak SKM perlu mengambil dan menimbang semua faktor-faktor seperti kewangan, pengumpulan modal, bentuk perniagaan dan sebagainya untuk diteliti dan disemak terlebih dahulu.
Saya amat yakin kewujudan koperasi kramat ini akan menjadi mercutanda antara kejayaan dan keperluan untuk menjadi seorang warga radio amatur.


Bentuk dan jenis perniagaan yang sedang dalam proses perancangan oleh ALK Kramat pastinya akan menjadi kebanggaan ahli-ahli Kramat.
Sebagai mewakili warga radio amatur Kramat menjanjikan sebuah entiti perniagaan yang cemerlang yang menjadi milik bersama semua warga radio amatur Malaysia.
Percayalah sesuatu itu tidak akan berubah..kecuali kita mengubahnya menjadi lebih baik..

Sama-sama kita tunggu kemunculan produk-produk Kramat di pasaran...

Friday, May 8, 2009

Keputusan Rasmi CW

Kramat ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah berjaya dalam ujian CW April baru-baru ini. Tahniah dan teruskan kegemilangan radio amatur Malaysia. Yang gagal cuba dan cuba lagi..

Keputusan CW

Temui Kramat Di Melaka

Esok,Sabtu 9 Mei 2009 Kramat akan membuka kaunter pendaftaran di Melaka, sempena program jom kayuh anjuran PRADA. Kayuhan yang bermula dari Sunway terus ke Melaka ini telah mendapat liputan meluas dari TV3. TV3 sendiri telah menghantar team basikalnya untuk program ini. Tahniah to PRADAS.

Rakan-rakan dan ahli Kramat..jumpa kami di Melaka..

Interview wakil PRADAS (9W2PCD) dan (PRMFA) sewaktu program Scoreboad TV3

Wednesday, May 6, 2009

Lawatan En Hassan Basri to Kramat


Encik Hassan Basri Che Ros

Hari ini sungguh ku tak sangka dikunjungi oleh seorang peminat radio amatur iaitu Encik Hassan. En Hassan Basri adalah salah seorang ahli kramat. Beliau telah berkunjung ke pejabat Kramat pada jam 4.15 ptg tadi. Selain menjelaskan saham koperasi kramat beliau juga telah mendaftar untuk Kelas Kemahiran Radio Amatur.Pertemuan pertama kami adalah sewaktu ARDF baru-baru ini.
Tahniah kepada Encik Hassan yang juga merupakan ahli Kelab Kembara diatas minat beliau yang mendalam dalam radio amatur.

Sunday, May 3, 2009

Tahniah Kepada 9W2POK


(photo sumbangan 9w2PRO)
Pihak Kramat mengucapkan sekalung tahniah kepada 9W2POK, atau Hishamuddin Abdullah dan pasangan beliau iaitu Rina Anggerik kerana telah melangsungkan perkahhwinan pada 3 Mei 2009 di Kuala Lumpur(Ahad baru ni).
Untuk informasi, 9W2POK adalah salah seorang ahli lembaga koperasi kramat.
Kramat dan seluruh ahlinya mendoakan kebahagian beliau bersama isteri tercinta sehingga akhir hayat..