Tuesday, May 12, 2009

Pendaftaran Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad

Mungkin ramai ahli-ahli Kramat dan juga bakal-bakal ahli Kramat tertanya-tanya apa yang terkini tentang koperasi Kramat??
Untuk makluman semua dan juga terutamanya ahli-ahli koperasi Kramat proses pendaftaran Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad sedang memasuki stage yang final iaitu pendaftaran di peringkat Ibu Pejabat SKM Malaysia.
Proses pendaftaran koperasi yang sememangnya rumit ini telahpun melepasi proses pendaftaran di SKM Selangor.

Perkara ini bukanlah perkara baru. Bagi yang pernah terlibat dengan Koperasi pastinya menyedari akan keperluan mewujudkan sebuah entiti koperasi memerlukan usaha yang gigih dan semangat yang waja untuk berjaya. Koperasi yang sahamnya dimiliki oleh semua pencarum koperasi pastinya memerlukan ketelusan dan kejujuran bagi memastikan modal dan saham ahli dilaburkan secara bijak dan professional.

Kita tidak boleh menyamakan koperasi dengan syarikat Sdn.Bhd atau Milik Tunggal dimana proses pendaftaran adalah tidak rumit kerana saham dimiliki oleh beberapa pemegang saham sahaja. Namun koperasi dimiliki oleh ramai..ratusan malahan ribuan ahli jadi hak sama rata dan keputusan bersama memerlukan sebuah entiti yang telus.

Ditambah pula koperasi ini bakal beroperasi diseluruh Malaysia maka pihak SKM perlu mengambil dan menimbang semua faktor-faktor seperti kewangan, pengumpulan modal, bentuk perniagaan dan sebagainya untuk diteliti dan disemak terlebih dahulu.
Saya amat yakin kewujudan koperasi kramat ini akan menjadi mercutanda antara kejayaan dan keperluan untuk menjadi seorang warga radio amatur.


Bentuk dan jenis perniagaan yang sedang dalam proses perancangan oleh ALK Kramat pastinya akan menjadi kebanggaan ahli-ahli Kramat.
Sebagai mewakili warga radio amatur Kramat menjanjikan sebuah entiti perniagaan yang cemerlang yang menjadi milik bersama semua warga radio amatur Malaysia.
Percayalah sesuatu itu tidak akan berubah..kecuali kita mengubahnya menjadi lebih baik..

Sama-sama kita tunggu kemunculan produk-produk Kramat di pasaran...

No comments:

Post a Comment