Monday, May 18, 2009

Mai Kopi Secawan..sedaapp!!

Isnin, 18 Mei 2009 aku dan shafid telah berkunjung ke sebuah kilang membuat kopi di Selangor. Tujuan lawatan ini adalah bagi meninjau peluang pelaburan didalam industri makanan untuk Koperasi Kramat. Lawatan yang bermula jam 3pm ini telah berlangsung selama 2 jam dan telah menemukan kami dengan 2 orang usahawan berjaya iaitu Tuan Haji Zahid dan En. Moin.
Pengalaman dalama bidang ini yag begitu meluas membolehkan beberapa jenama terkenal telahpun berada dipasaran.
Kami mengharapkan suatu masa nanti Koperasi Kramat akan menjalinkan kerjasama dengan Kilang ini untuk mengeluarkan kopi berjenama sendiri. Selain kopi banyak lagi produk lain yang bakal Koperasi Kramat boleh keluarkan iaitu sabun muka, sabun, minyak habbatus sauda, jus minuman, dan lain-lain. Rangkaian produk Koperasi ini yang pelbagai sudah tentu boleh menembusi pasaran Malaysia ini dengan mudah dengan kewujudan wakil jualan dari kalangan ahli koperasi sendiri yang berada di seluruh negara. Namun untuk menjadikan semua ini realiti segala bentuk perancangan perlu dikaji secara teliti, ditimbang secara bersama-sama ALK yang lain sebelum penghasilan produk dilakukan.
Perbincangan dengan Tuan Haji Zahid

lawatan bersama shafid ke kilang memproses

inilah kopi yang bakal Kramat akan bungkus dan edarkan ke seluruh Malaysia..kopi power..tongkat ali, habbatus sauda,ginko, dan mcm mcm lagi dalamnya..banyak khasiat.

para pekerja sedang membungkus kopi

nasihat dari kedua orang usahawan yang berjaya ini cukup bermakna dan memberikan semangat yang amat tinggi untuk kami memajukan koperasi ini.


Akhirnya..."Ini baru kopi power!!!"

No comments:

Post a Comment