Sunday, April 12, 2009

Kelas Kemahiran Radio Amatur

Pihak Kramat akan mengadakan satu Kelas Kemahiran Radio Amatur. Pada kebiasaanya kelas ini dikenali denga Kelas RAE atau Kelas Persediaan RAE. Namun pihak Kramat merasakan Kelas Kemahiran Radio Amatur yang bakal diadakan ini akan lebih bersifat menyeluruh dan bukan sahaja untuk persediaan menghadapi Peperiksaan RAE.
Walaubagaimanapun target utama bakal para pelajar adalah calon-calon yang akan menduduki peperiksaan RAE pada bulan Jun 2009. Kelas Kemahiran ini bakal diadakan selama dua hari.
Bagi memberikan tumpuan kepada para pelajar kelas yang diadakan adalah terhad jumlah pelajarnya. Untuk mendaftar bagi mengikuti kelas berkenaan sila type RAE_NAMA_IC Number dan SEND kepada 012-3050205.


Tajuk Kursus: Kelas Kemahiran Radio Amatur
Anjuran : Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
Tempat: Kuala Lumpur/ Selangor
Masa: 2 hari
Tenaga Pengajar:9M2 dan 9W2 Yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment