Sunday, March 14, 2010

Pertemuan Bermakna..


Aku dan 9W2GL

12hb Mac 2010, lebih kurang jam 9.30 malam disekitar Petaling Jaya, aku telah ditemukan dengan seseorang yang dah lama aku nak jumpa cuma masa tidak menemukannya denganku.
9W2GL atau Wan Morhisham bin Mokhtar, juga lebih dikenali sebagai Presiden MARTS adalah antara insan yang begitu kuat mempertahankan kewujudan dan kerasionalan hobi radio amatur di Malaysia.
Pertemuan pada malam berkenaan telah diatur tanpa dirancang dengan rapi. Aku telah mewakili Koperasi Kramat bersama-sama 9w2MEZ telah bertungkus-lumus memperkenalkan dan menjelaskan akan peranan serta fungsi koperasi kramat ditengah-tengah kewujudan pelbagai persatuan, kelab dan kumpulan radio amatur di Malaysia.
Alhamdulillah nampaknya pertemuan tersebut berhasil dan MARTS sebagai sebuah persatuan radio amatur yang satu-satunya diiktiraf oleh IARU turut mengiktiraf kewujudan Kramat. Memetik kata-kata presidennya kewujudan Kramat adalah sesuatu yang menjadi pelengkap kepada MARTS sebuah persatuan radio amatur dan Kramat sebagai sebuah entiti perniagaan yang mengkhusus didalam radio amatur dan mewakili kelompok peminat radio amatur.
Pada malam berkenaan kami merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti secara bersama seperti kelas RAE, seminar dan lain-lain program lagi yang sedang menanti. Terima kasih juga kepada 9w2SBS(Aiznin) selaku VP MARTS yang banyak membantu selama ini, dan juga 9M2CJ(Thiam)iaitu juga merupakan Setiausaha MARTS dan juga IARU Liaison bagi Malaysia.

Tunggu sahaja kemunculan Koperasi Kramat dan MARTS dalam pelbagai aktiviti yang akan mendatang.

No comments:

Post a Comment