Wednesday, February 11, 2009

142 ahli setakat semalam

Hi..nampaknya minat terhadap koperasi radio amatur in makin bertambah. Setakat semalam Kramat sudah menerima 142 pendaftaran secara online. Jumlah ini tidak termasuk ramai lagi rakan radio ham yang telah menyatakan minat secara verbal. Jumlah ini dijangka akan terus bertambah menjelang AGM pada 3 March nanti. Kami juga menjangka lebih ramai yang akan menjadi ahli pada hari AGM yang kebiasaannya akan datang mendaftar secara walk in. Tahniah kepada anda semua.
Marilah ramai-ramai menjadi ahli koperasi radio amatur yang pertama dan julung seumpamanya di negara ini...Setiap ahli yang menjadi ahli koperasi mempunyai hak didalam koperasi, sama ada hak saham, hak dividen,hak mengundi dan hak mendapat faedah berasama...sertai Koperasi Kramat sekarang.

2 comments: