Sunday, February 22, 2009

Petikan dari Mycallsign

Terima kasih lah 9W2AZX, abg aziran, banyak bagi info pasal Koperasi Kramat di mycallsign ni.

Tulah rakan-rakan marilah sertai koperasi yang julung-julung umpamanya ditubuhkan utk peminat radio amatur.

Kita biasa mendengar koperasi angkatan tentera, koperasi polis, koperasi guru, koperasi pengguna muslim dan macam-macam lagi koperasi.

Setelah diteliti dan diselidiki saya boleh membuat kesimpulan mudah iaitu kita ni semua rakan radio kan? Kita punya semangat cintakan radio amatur yang amat tinggi. Walau baru kenal sekejap namun akrab kita bagai dah bertahun-tahun berkawan. Jadi timbul persoalan bagi diri kita mengapa begitu uniknya hobby radio amatur ini sehingga boleh menjadi akrab sebegitu rupa??

Rupa-rupanya kuasa kita adalah pada lidah kita..lidah yang selalu berkata-kata dan ber "QSO" itu rupanya yang menjadi sumber kekuatan ukhuwah antara kita wahai rakan-rakan dan sahabat.

Jadi apalah salahnya jika kita kuatkan lagi komuniti kita ini dengan bergabung dalam satu bentuk komuniti yang lebih mencabar iaitu koperasi.

Koperasi menjanjikan kuasa untuk membuat keputusan yang sama rata bagi kepentingan bersama. Saham yang dilaburkan oleh ahli menjadi tali pengikat bagi menentukan hala tuju koperasi Kramat ini. Sudah tentu keuntungan akan dibahagi sama rata melalui dividen tahunan yang akan di nyatakan setiap tahun.

Marilah semua rakan-rakan kita naikkan lagi tahap radio amatur kita ini dengan membentuk sebuah koperasi radio amatur yang berjaya di Malaysia dan di dunia insyaallah.

Jangan lupa 8-3-2009 adalah tarikh keramat Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Kramat.. marilah datang beramai-ramai. Jadi ahli atau tidak bukan persoalannya..marilah sama-sama dengar apa yang akan dibentangkan. Perjalanan kita masih jauh!! Marilah sama-sama menaiki kapal yang baru sahaja ingin berlayar ini. Jadilah yang mula-mula atau pioneer dalam Koperasi Kramat ini agar kemanisan penubuhan Kramat akan dapat kita kecapi sampai bila-bila..

No comments:

Post a Comment