Thursday, February 19, 2009

Peranan Sebagai Ahli Koperasi Kramat

Masih ramai rasanya yang masih kurang jelas kenapa Koperasi Kramat ditubuhkan. Soalan-soalan ini mungkin rakan-rakan yang sudah menyertai mana-mana koperasi lain sudahpun boleh menjawabnya.

Sebagai penulis saya berpendapat sebagai peminat kepada sebuah komuniti iaitu komuniti Radio Amatur kita mahukan sesuatu yang sentiasa lebih baik dari masa kesemasa.Kita juga sering menyatakan akan kelebihan Radio Amatur kepada mana-mana rakan baru. Kita juga sentiasa ingin bersama kumpulan ini hari demi hari dan tahun demi tahun, malahan selama-lamanya.
Maka Koperasi Kramat adalah jawapan dan platform yang membolehkan kita mencapai kehendak tadi..
Kita menjayakan matlamat yang sama secara lebih saksama,adil,timbang rasa, dan muafakat. Kenapa begitu? Kerana sebagai ahli kita ada saham didalam koperasi,kita ada hak untuk mengundi dan setiap tahun kita akan bermesyuarat membuat keputusan bersama ini.
Ketelusan Koperasi dengan pemantuan oleh Juruaudit Luar dan Pihak SKM(Suruhanjaya Koperasi Malaysia)sendiri membolehkan kita membina sebuah entiti perniagaan yang berintegriti, telus dan amanah.

Berikut saya petik ulasan dari salah satu blog yang menghuraikan peranan dan kelebihan menjadi ahli sebuah koperasi.

Peranan anda sebagai anggota Koperasi?
Sebagai anggota Koperasi anda bekerjasama untuk:
a) Mencarum modal koperasi, dalam bentuk syer(saham), yuran atau simpanan khas.
b) Menyumbangkan buah fikiran bersama.
c) Bergiat aktif menjayakan semua aktiviti yang dijalankan oleh koperasi seperti kata pepatah Melayu
"Bulat Air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat".
"Hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah."
"Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing".

Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment