Monday, March 9, 2009

Pengumuman Penting

Untuk pengetahuan semua ahli dalam masa 14 hari selepas MAP pihak Kramat akan menghantar minit mesyuarat agung permulaan, dan dokumen yang berkaitan kepada pihak SKM. Selepas itu kita akan menunggu jawapan dari pihak SKM. Pihak SKM akan memberikan kelulusan penuh kepada pihak Koperasi Kramat dalam masa sebulan untuk mula menjalankan aktiviti perniagaan dan aktiviti koperasi.
Dalam tempoh berkenaan pihak Koperasi akan membuat persediaan dengan menambah bilangan ahli melalui promosi-promosi disana sini. Kami akan cuba untuk bergerak ke semua lokasi sedapat yang mungkin untuk membuat promosi.
Mana-mana rakan yang ingin mendaftar bolehlah datang ke pejabat koperasi di Bukit Puchong untuk mengisi borang rasmi dan membuat bayaran RM20 untuk Fi masuk.
Kami juga akan membuat pengumuman dari masa kesemasa akan keputusan MAP baru-baru ini yang melibatkan beberapa perkara seperti jumlah syer, yuran syer, ALK, dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama pendaftaran online masih diteruskan. Selain borang ada di google group kami juga akan emel kepada semua ahli dalam masa yang terdekat.

Sekian.


Yang menjalankan amanah,


9W2REJ
Setiausaha Penaja

No comments:

Post a Comment