Friday, March 13, 2009

Program Partner Kramat

Koperasi KRAMAT akan membuka ruang kepada ahli-ahli KRAMAT untuk berkerjasama dengan KRAMAT sebagai rakan kongsi perniagaan. Buat masa ini kami menggelarkannya KRAMAT Partnership Programme.
Melalui program ini mana-mana ahli KRAMAT yang mempunyai perniagaan, kepakaran, kemahiran dalam apa jua bidang di buka untuk memohon program berkenaan. Contoh bidangnya adalah seperti industri pembuatan, pertanian, komunikasi, ICT, event organizer, automotif, dan macam-macam lagi bidang perniagaan yang dijangka mampu memberi pulangan kepada KRAMAT.
Program ini membolehkan KRAMAT berkerjasama dengan mana-mana ahli yang berkelayakan untuk bersama-sama mempromosi dan memajukan pernigaan KRAMAT melalui satu rangkaian yang besar.
Oleh kerana ahli KRAMAT dan ahli radio amatur bertaburan seluruh Malaysia maka adalah menjadi harapan KRAMAT supaya kita semua boleh bergabung dalam satu rangkaian yang besar dan effektif serta effisyen.
Bagi yang berminat sila hantarkan company profile atau resume peribadi kepada KRAMAT dialamat berikut:-

No. 22, Jalan BP 6/12,
Bandar Bukit Puchong 2,
47120 Puchong, Selangor.
Tel:03-80623370
Fax:03-80623372
Emel:koperasi.radioham@gmail.com
Contact Person: 9W2POK(Encik Hisyamuddin),Channel Manager -013-384 2924

No comments:

Post a Comment