Tuesday, March 24, 2009

Promosi KRAMAT di ASTRA,PARTS dan MARES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Atas dasar Keahlian KRAMAT dibuka untuk semua maka,pihak KRAMAT akan mengadakan promosi ke kepada bakal-bakal ahli-ahli baru melalui kelab-kelab radio amatur Malaysia. Berikut adalah jadual promosi Kramat:-

1)27 Mac 2009, Jam 8pm - Rumah Tuan Presiden ASTRA - 9M2RR
2)29 Mac 2009 - Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Perak(PARTS)- Wakaf PARTS (Rumah Pertubuhan),
Kuaters JKR No. 561 dan 562, Jalan Selibin, Ipoh.
3)29 Mac 2009, Jam 9.30am- Mesyuarat Agung MARES, MARES Club House,Petaling Jaya, Selangor.

Pada tarikh dan masa berkenaan pihak KRAMAT akan menghantar wakil ALK dan Biro KRAMAT bagi membukan kaunter pendaftaran dan promosi. Ahli-ahli baru boleh mendapatkan borang dan membayar Fi masuk RM20.00.

Bagi mana-mana ahli yang hanya mendaftar secara online dan belum mengisi borang keahlian KRAMAT boleh berbuat demikian di tempat yang telah ditetapkan.

Sekian. Harap maklum.




Yang berusaha,



Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
Setiausaha Kramat

No comments:

Post a Comment