Sunday, March 8, 2009

MAP Kramat 8 Mac 2009

Jam 2 petang sebagaimana yang dijanjikan MAP Kramat telah berlangsung dengan penuh ceria dan harapan. Ahli yang datang dari Utara sehinggalah ke selatan Johor dan Pantai Timur telah datang dengan penuh semangat dan penuh harapan agar Kramat yang diwar-warkan benar-benar menjadi kenyataan.
Lebih kurang 70 orang ahli yang hadir pada hari berkenaan dan ini telah melebihi kuota MAP iaitu seramai 25 orang.
Majlis telah di mulakan oleh 9W2CYN, Pak Husin selaku Emcee dan diikuti oleh 9W2MAQ, Ustaz Nazri dengan bacaan doa mendapat keberkatan Allah. Seterusnya 9W2YR selaku Pengerusi Penaja telah memberikan kata-kata aluan yang cukup bersemangat sehinggakan beliau agak sebak diakhir ucapannya.Tahniah Pak Yob..kita semua impikan kejayaan bersama-sama anda...
Akhirnya majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Radiathul selaku Penolong Pengarah SKM Selangor. Ucapan beliau yang bersahaja serta ceria cukup menarik dan cukup mengkobarkan semangat semua ahli. Cadangan supaya Kramat membeli sebuah bangunan dengan bantuan dana SKM cukup menggembirakan semua hadirin..
Majlis diteruskan dengan penyampaian cendremata kepada perasmi dan jamuan ringan.
Seterusnya Encik Zaimi, pegawai SKM Selangor telah memberikan briefing berkenaan Koperasi kepada semua ahli.Ini adalah syarat khusus dalam penubuhan koperasi.
Lebih kurang jam 3 petang Mesyuarat Agung telah bermula dengan pelbagai agenda mengikut apa yang telah ditetapkan oleh SKM. Berikut adalah foto-foto yang sempat kamera aku rakamkan..semoga koperasi kramat menjadi koperasi yang berjaya dan mengharumkan nama radio amatur Malaysia...
Terima kasih kepada semua yang hadir ..terima kasih kepada semua AJK Penaja yang bertungkus-lumus menjayakan MAP ini. Tahniah juga kepada ALK yang terpilih. Yang tidak hadir juga terima kasih atas sokongan selama ini. Kramat akan terus maju dan gemilang dengan sokongan anda semua.. Segala kelemahan penganjuran MAP ini adalah kelemahan yang kami akan perbaiki dimasa akan datang.

Ucapan penuh semangat 9W2YR


Unit Komunikasi AKI,BCT,RES,LP,ZKI dan rakan baru Encik Rashdan

9W2YR memberi kata-kata aluan

9W2MEZ, 9W2JSJ,9W2AZQ menyemak borang pendaftaran

Sebahagian ahli yang hadir

Majlis yang cukup ceria, penuh dengan harapan menggunung semua rakan radio ham Malaysia.


Lagi gambar disini

3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM W.R.T....
    SEKALUNG TAHNIAH BUAT KRAMAT DI ATAS PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERMULAAN SEMALAM 8/3/09. SETINGGI PENGHARGAAN BUAT AJK BERTUGAS, TERIMA KASIH KEPADA RAKAN2 YANG HADIR SEMALAM...SOKONGAN ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN. SEMOGA SOKONGAN YANG SEBEGINI AKAN KEKAL SELAMANYA...TAK LUPA JUGA BUAT PEGAWAI-PEGAWAI SKM YANG MERASMIKAN MAJLIS SERTA TAKLIMAT. SEGALA ILMU DAN TUNJUK AJAR AMATLAH BERGUNA BUAT KAMI YANG BARU BELAJAR.AKHIR KATA TAHNIAH BUAT 15 ORANG ALK YANG TERPILIH. SELAMAT MELAKSANAKAN MANDAT YANG TELAH DIBERIKAN..WASSALAM. HIDUP KRAMAT!!!

    ReplyDelete
  2. Yer..saya pun rasa cukup teruja datang semalam.Penerangan pegawai SKM seolah-olah membuka mata saya dan rakan-rakan. Rupa-rupanya kramat inilah platform kami rakan radio untuk bergerak jauh lebih maju...semoga kita semua berjaya

    ReplyDelete
  3. Ya... macam tu lah diharapkan kepada semua rakan radio amatur....
    Harap dapat sambutan dan sokongan padu dari rakan-rakan semua...
    Jika kita bersatu di bawah kramat, Insya Allah kita boleh memajukan diri sendiri.
    Kewujudan KRAMAT adalah untuk ahli radio amatur... jadi, marilah kita sama-sama bersatu dibawah payung KRAMAT...

    ReplyDelete