Thursday, January 15, 2009

Pendaftaran Ahli terawal...

Setakat hari ini Jumaat Pendaftaran Online kita telah menerima lebih 30 pendaftaran. Ini tidak termasuk pendaftaran di kertas yang disimpan oleh rakan-rakan AJK Penaja yang lain.
Sambutan sangat menggalakkan dan semoga akan lebih ramai lagi terus mendaftar melalui online ini.
Pendaftaran online ini amat penting untuk kita mengumpulkan database ahli terawal. Database ini akan digunakan untuk memanggil ahli-ahli yang berdaftar untuk menghadiri Mesyuarat Agung yang Pertama kali nanti.
Semoga rakan-rakan boleh turut membantu kami dengan menyebarkan informasi ini melalui:-

1) Link kan blog ini didalam blog atau website anda
2) Membuat borang online di blog atau website anda(Sila emel ke omnisystem@gmail.com untuk mendapatkan script borang online ini )
3) Menghantar emel kepada rakan-rakan untuk mendaftar sebagai ahli Koperasi Radio Amatur.

..73

No comments:

Post a Comment