Wednesday, January 7, 2009

Taklimat dan Briefing Koperasi Radio Amatur oleh KGMB

Pada 26 Disember 2008 sekumpulan rakan radio ham telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah koperasi radio amatur.
Oleh itu sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan bagi menyediakan sebanyak mungkin persediaan bagi mendaftarkan koperasi berkenaan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Koperasi ini telah digelarkan Koperasi Kramat( Koperasi Radio Amatur Malaysia). Buat sementara waktu koperasi ini telah beroperasi di no 22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Koperasi Kramat ini dibuka keahliannya untuk semua rakan radio amatur sama ada pemegang lesen class A, Class B, SWL atau rakan radio komersil.
Bagi merealisasikan idea ini maka tidak mustahil banyak cabaran dan kekangan perlu di lalui untuk mencapai matlamat yang murni berkenaan.
Untuk itu maka pihak jawatankuasa penaja telah menganjurkan satu sessi soal jawab dan briefing bersama-sama dengan pihak KGMB (Koperasi Guru Malaysia Berhad). Tujuan sessi ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan pengalaman dengan pihak KGMB.
Sessi berkenaan adalah seperti berikut:-

Tempat : No 88-3,Wisma KGMB ,
Jln Dato Haji Eusoff, Komplek Damai , 50400 Kuala Lumpur.
Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi

Semua pihak dijemput hadir untuk memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman

No comments:

Post a Comment