Thursday, January 22, 2009

Penubuhan Koperasi Di Luluskan SKM

Hi..semua rakan-rakan berita gembira untuk anda semua. Pagi tadi bersamaan Khamis saya telah mengambil surat kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Shah Alam.
Koperasi yang ditubuhkan telah diluluskan bersama-sama dengan nama Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad . Koperasi ini telah mendapat kelulusan untuk mempunyai ahli di seluruh Malaysia.
Ini adalah satu berita gembira untuk semua rakan-rakan yang menyokong penubuhan koperasi berkenaan.
Pihak penaja akan mengadakan satu mesyuarat untuk menetapkan satu tarikh bagi mengadakan satu Mesyuarat Agung Permulaan. Mesyuarat ini akan memilih Ahli-ahli Lembaga Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad yang akan bertanggungjawab merangka dan menjalankan koperasi berkenaan.
Semua ahli yang berminat adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung berkenaan seramai yang mungkin.
Sekian.

No comments:

Post a Comment